Posts

Ahli politik korup? Tunggu ...

Image
KUALA LUMPUR: 'Tunggu!' Itu amaran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad apabila ditanyakan mengenai sama ada tindakan akan diambil ke atas ahli-ahli politik yang terlibat rasuah. "Tiada pada bila-bila masa sepanjang perkhidmatan di mana saya menyatakan bahawa tindakan tidak akan diambil terhadap ahli politik" "Malam ini, saya menyatakan dengan tegas kepada ahli politik yang korup, saya hanya mempunyai satu perkataan sahaja - tunggu!" kata Zuklifli di Hari Ini 8. Tambah beliau, yang menggalas tugas sebagai Ketua SPRM Ogos lalu, badan penguatkuasa pencegah rasuah tersebut akan kekal dengan janji untuk melakukan penangkapan dan pendakwaan terhadap individu yang terlibat dalam rasuah setiap minggu. "Saya telah menyatakan bahawa SPRM akan mengambil tindakan memfailkan tuduhan atau membuat tangkapan pada setiap minggu sehinggalah akhir tahun 2017" "Ini janji saya dan sehingga kini, say...

Projek ikan sturgeon: VIP juga akan disiasat

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan bahawa siasatan akan turut dijalankan terhadap beberapa individu berprofil tinggi berhubung kes penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, kes tersebut dalam penelitian berikutan pembayaran dibuat pihak berkenaan adalah begitu besar sedangkan kerja-kerja yang dilaksanakan amat meragukan. “Setakat ini belum ada perancangan untuk tangkapan terbaru. Kami akan menyiasat kes tidak kira kecil atau besar. “Dan, saya tidak menolak kemungkinan ada kalangan berprofil tinggi yang akan disiasat dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan reman selama tujuh hari bermula semalam ke atas lima individu termasuk dua bekas pegawai kanan Felda yang ditahan di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut. Mereka yang ditahan terdiri darip...

Kalaulah Benar Kita Serius Membasmi Rasuah

PERJUANGAN SPRM mengintip, menjejak dan menyiasat latar penjawat awam yang disyaki satu perubahan besar dalam kempen memerangi rasuah. Ia langkah proaktif pada era, menantikan laporan sahaja tidak cukup untuk tindakan membasmi. Tidak semua perasuah akan cuai dengan memilih gaya hidup mewah yang bakal mendedahkan diri pada syak. Apatah lagi selepas menyedari gerak-geri gaya hidup mereka kini diperhatikan. Walaupun beberapa lagi siri tangkapan besar akan dilakukan pada masa terdekat, kita yakin modus operandi pemberi dan penerima rasuah akan turut berubah secara drastik. Rasuah ialah jenayah penjahat tegar. Ketamakan akan menjadikan manusia sebagai makhluk pintar yang licik dan strategik. Akhirnya, kita akan kembali kepada formula asas: Rasuah memerlukan warga negara yang berani dan bertanggung jawab untuk membanterasnya. Sikap pasif masyarakat dalam menyalurkan maklumat akan menjadikan usaha menentang rasuah akan kembali tepu apabila penjenayah menukar taktiknya. Hari ini kes r...

Kenapa perlu takut kalau tidak buat?

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan penggemar sukan golf terutamanya dalam kalangan orang kenamaan tidak perlu gusar untuk bermain sukan berkenaan sekiranya tidak terlibat dengan gejala rasuah ataupun bermesra dengan kedi wanita di padang golf. Ini berikutan, terdapat segelintir orang kenamaan yang gemar bermain golf mengeluh berhubung laporan akhbar yang mendedahkan berlakunya urusan membincangkan projek bernilai jutaan ringgit selain mendapat ‘layanan istimewa’ daripada kedi genit di lapangan golf. Menurut sumber, pendedahan itu didakwa kononnya membawa persepsi negatif terhadap penggemar sukan terbabit malah membuatkan ramai yang ‘panas punggung’ apabila isteri masing-masing mula mengesyaki suami mereka bukan sekadar mahu beriadah, sebaliknya ingin berseronok dengan kedi wanita. “Perkara itu sememangnya berlaku di padang golf dan laporan itu bukan dakwaan semata-mata. “Namun apa yang penting, sekiranya niat sememangnya mahu...

Bincang projek ratusan juta ringgit

PENDEDAHAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang wujudnya rasuah golf dalam kalangan penjawat awam telah membuka mata banyak pihak tentang ‘aktiviti tidak sihat’ ketika di padang golf. Menyedari keadaan itu, SPRM juga telah mengeluarkan arahan agar penjawat awam berhenti main golf di luar negara. Bagi mengesahkan tentang wujudnya aktiviti rasuah di padang golf, WARTA WAN MINGGUAN MALAYSIA baru-baru ini telah membuat tinjauan di beberapa kelab golf di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan menemu bual para kedi golf tentang isu ini. KUALA LUMPUR 7 Jan. - Perbincangan projek ber­nilai puluhan atau ratusan juta ringgit antara ahli perniagaan, kontraktor dan pegawai kanan kerajaan berjawatan tinggi menjadi topik utama setiap kali mereka bermain golf di kelab-kelab golf terkenal di negara ini. Malah perbincangan projek tersebut, jika berjaya akan membawa kepada ‘penajaan’ bermain golf di luar negara seperti di Indonesia, Thailand malah hingga ke Amerika Syarika...

SPRM tahan bekas CEO TEKUN Nasional

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Seorang bekas Pengarah Urusan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan menerima rasuah dua tahun lalu ditahan semula hari ini atas kesa­lahan lain iaitu meminta suapan bernilai RM36,000. Suspek bergelar Datuk berusia 62 tahun yang baru pulang dari menunaikan umrah semalam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 5.15 petang hari ini di kediamannya di Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Menurut sumber, suspek di­per­cayai menerima wang suapan RM36,000 pada 15 Januari 2015 ketika masih memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TEKUN Nasional sebagai dorongan membantu mempercepatkan proses bayaran tuntutan sebuah syarikat pemungut hutang berjumlah RM360,009. “Wang suapan berkenaan ada­lah 10 peratus daripada hasil ku­tipan ‘Hutang Lapuk TEKUN Nasional’ bagi bulan November tahun sebelumnya. “Suspek yang memegang jawatan tersebut sejak 2008 hingga 2014 telah mel...

Tiga Bulan SPRM Jejak KSU KKLW

Image
PETALING JAYA:  Tiga bulan selepas menjejaki beliau, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia-Rasuah (SPRM) mula bertindak dan menahan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Arif Ab Rahman di kediamannya ketika beliau mahu keluar ke pejabat. Jongkong emas, 150 beg tangan mewah, jam tangan berjenama dan mata wang asing ditemui selepas beberapa pegawai menggeledah kediamannya di USJ3, Subang Jaya, selama 12 jam. Jongkong emas, mata wang Australia serta Eropah yang dirampas dianggarkan bernilai RM3 juta. Antara beg tangan mewah yang ditemui adalah dari jenama seperti seperti Channel, Hermes, Dior, Louis Vuitton dan Gucci. Beg-beg ini berada dalam lingkungan harga dari RM7,000 ke RM100,000 setiap satu. Ketika dihubungi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan Mohd Arif, 59, dan anak lelakinya yang berusia 29 tahun di rumah mereka pada pukul 8 pagi Rabu. Beliau berkata siasatan dilakukan kerana s...