Posts

Bekas kakitangan Mahkamah KL didakwa salah guna wang

KUALA LUMPUR: Seorang bekas kakitangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur mengaku tidak bersalah atas 18 pertuduhan salah guna wang berjumlah RM61,000 yang dibayar 18 individu untuk pembayaran denda, tiga tahun lalu. Shahnaz Khan Kamarzaman, 37, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi. Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-18, tertuduh yang ketika kejadian bertugas sebagai Pembantu Operasi di Unit Pendaftaran Mahkamah Sesyen & Majistret (Jenayah) telah dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu wang tunai berjumlah RM61,000. Wang itu dibayar oleh 18 individu untuk pembayaran denda bagi kes tangkap tertuduh yang didakwa di mahkamah. Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Sultan Abdul Halim, antara jam 10 pagi dan 4.30 petang, antara 16 Februari 2015 dan 3 Julai 2015. Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara...

3 dipenjara, didenda cuba rasuah

ALOR SETAR: Tiga individu masing-masing dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan cuba merasuah pegawai kerajaan yang sedang melakukan tugas rasmi. Hakim Azman Abu Hassan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibaca secara berasingan dalam bahasa Hokkien mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Mengikut kertas pertuduhan, Tan Kok Aun, 43, dan Loo Jiunn Shyan, 27, didakwa melakukan kesalahan cuba memberi suapan kepada Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Nasruddin Abdul Rahman di premis hiburan Twenty 6, di Kampung Berjaya, jam 1.15 pagi, pada 27 Februari lalu. Tertuduh pertama, Kok Aun bekerja sebagai subkontrator binaan didakwa cuba memberi suapan sebanyak RM1,000 untuk tidak menjalankan saringan air kencing mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Manakala, Jiunn Shyan bekerja sebagai...

Jurutera Bersalah Terima 16 Suapan Lebih RM40,000

KOTA BHARU – Seorang jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda berjumlah RM236,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu di sini, selepas didapati bersalah terhadap 16 pertuduhan menerima suapan dalam bentuk barangan dan wang tunai bernilai RM40,248.03. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin membuat keputusan tersebut selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kesemua 16 pertuduhan yang dihadapi Mohd Asrul Hisyam Setapa, 32. Bagi setiap pertuduhan daripada yang pertama hingga ke 16, dia dikenakan hukuman penjara masing-masing tiga tahun bagaimanapun Hakim Ahmad Bazli memerintahkan hukuman penjara bagi kesalahan pertama hingga 12 itu dilaksanakan serentak bermula hari ini. Bagi pertuduhan ke 13 hingga 16 hukuman penjara juga serentak berkuatkuasa setelah Mohd Asrul Hisyam selesai menjalani hukuman penjara bagi kesalahan pertama hingga 12. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi bermula 4 April 2016 hingga 22...

Elak rasuah jadi barah kepada negara

STATISTIK terbaru menunjukkan lebih separuh pesalah rasuah di negara ini adalah daripada kalangan golongan belia atau orang muda. Ia sesuatu yang mengejutkan dan perkembangan yang tidak sihat ini membimbangkan banyak pihak kerana golongan ini tonggak utama dan bakal pemimpin negara pada masa depan. Negara bakal berdepan krisis besar jika masalah barah anak muda tidak dikekang lebih awal. Pendedahan Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini bahawa dalam tempoh 2013 hingga Mei 2018, seramai 2,238 atau 55.2 peratus pesalah rasuah yang terdiri dari generasi muda dihadapkan ke mahkamah. Jumlah kes atau pendakwaan ini perlu diberikan perhatian serius agar dapatkan dikurangkan pada masa hadapan sehingga kita berjaya merealisasikan negara sifar rasuah. Sehubungan itu, kerajaan dan semua pihak perlu mengambil berat jenayah rasuah dalam kalangan orang muda ini dan langkah drastik serta holistik sangat perlu membendungnya sehingga akar umbi. Ia penting ...

SPRM TIADA KUASA TARIK BALIK PENDAKWAAN KES LIM GUAN ENG

Image
KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan kononnya akan menarik balik dua pertuduhan kes rasuah terhadap Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita, hari ini. Dimaklumkan bahawa SPRM tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan perkara seumpama itu bagi mana-mana kes pendakwaan sebaliknya ia tertakluk kepada kuasa Pejabat Peguam Negara. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA  PUTRAJAYA 25 JULAI 2018

SPRM dakwa Ketua Balai Bomba salah guna kuasa

KUANTAN: Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, dekat Pekan didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, dengan 10 pertuduhan membabitkan salah guna kuasa antara Mac 2014 hingga Ogos 2015. Sheikh Hassan Sheikh Zainuddin, 53, didakwa melakukan kesalahan itu dengan memberikan kontrak pembekalan makanan untuk syarikat milik isterinya antara tarikh berkenaan. Dia yang kini berpangkat Penolong Kanan Penguasa dikatakan mencadangkan nama syarikat Puncak Cahaya Azam Enterprise bagi membekalkan makanan untuk program membina semula rumah terbakar 'My Beautiful Neighborhood' anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 2014 dan operasi pemadaman kebakaran antara Mac hingga April 2014 dan Ogos 2015. Selain itu, dia turut didakwa menggunakan kedudukannya bagi mencadangkan syarikat sama untuk program latihan menyelamat bagi persediaan menghadapi banjir pada September 2014 dan majlis penyerahan kunci rumah projek pembinaan semula rumah terbakar pada Disember 2014...

Ibu tunggal dipenjara tujuh hari kerana rasuah

KOTA KINABALU - Seorang ibu tunggal merayu supaya tidak dipenjarakan selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan hukuman penjara selama tujuh hari kerana memberi rasuah kepada pegawai kanan kerajaan pada Februari lalu. Tertuduh, Wong Ming Cheng, 27, kelihatan sugul di kandang tertuduh selepas Hakim Abu Bakar Manat menetapkan keputusan itu setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibaca di hadapannya. Ming Cheng yang menyarungkan pakaian berwarna hitam berulang-kali memberitahu mahkamah bahawa dia perlu menguruskan anaknya berusia 10 tahun kerana ketiadaan penjaga ketika hukuman dibacakan. Mengikut pertuduhan, antara pukul 4.40 pagi hingga 4.50 pagi pada 18 Februari lalu, Ming Cheng telah memberi suapan sebanyak RM1,200 terhadap seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik. Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sebagai balasan untuk tidak diambil tindaka...