Ibu tunggal dipenjara tujuh hari kerana rasuah
KOTA KINABALU - Seorang ibu tunggal merayu supaya tidak dipenjarakan selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan hukuman penjara selama tujuh hari kerana memberi rasuah kepada pegawai kanan kerajaan pada Februari lalu.
Tertuduh, Wong Ming Cheng, 27, kelihatan sugul di kandang tertuduh selepas Hakim Abu Bakar Manat menetapkan keputusan itu setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibaca di hadapannya.
Ming Cheng yang menyarungkan pakaian berwarna hitam berulang-kali memberitahu mahkamah bahawa dia perlu menguruskan anaknya berusia 10 tahun kerana ketiadaan penjaga ketika hukuman dibacakan.
Mengikut pertuduhan, antara pukul 4.40 pagi hingga 4.50 pagi pada 18 Februari lalu, Ming Cheng telah memberi suapan sebanyak RM1,200 terhadap seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sebagai balasan untuk tidak diambil tindakan undang-undang terhadapnya di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pengawai Pendakwa SPRM, Awang Shamsul Baharom manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Abu Bakar kemudian menetapkan tertuduh dipenjara selama tujuh hari bermula hari ini dan denda RM10,000 jika gagal membayar denda, dia dipenjara selama tiga bulan.
http://www.kosmo.com.my/negara/ibu-tunggal-dipenjara-tujuh-hari-kerana-rasuah-1.715201

Comments
Post a Comment