Elak rasuah jadi barah kepada negara
STATISTIK terbaru menunjukkan lebih separuh pesalah rasuah di negara ini adalah daripada kalangan golongan belia atau orang muda.
Ia sesuatu yang mengejutkan dan perkembangan yang tidak sihat ini membimbangkan banyak pihak kerana golongan ini tonggak utama dan bakal pemimpin negara pada masa depan. Negara bakal berdepan krisis besar jika masalah barah anak muda tidak dikekang lebih awal.
Pendedahan Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini bahawa dalam tempoh 2013 hingga Mei 2018, seramai 2,238 atau 55.2 peratus pesalah rasuah yang terdiri dari generasi muda dihadapkan ke mahkamah.
Jumlah kes atau pendakwaan ini perlu diberikan perhatian serius agar dapatkan dikurangkan pada masa hadapan sehingga kita berjaya merealisasikan negara sifar rasuah.
Sehubungan itu, kerajaan dan semua pihak perlu mengambil berat jenayah rasuah dalam kalangan orang muda ini dan langkah drastik serta holistik sangat perlu membendungnya sehingga akar umbi.
Ia penting dalam usaha mewujudkan generasi muda kelas pertama yang bebas rasuah dalam semua aspek ke arah membantu perkembangan dan pembangunan negara pada masa hadapan tanpa rasuah.
Harapan tinggi belia
Sesungguhnya negara dan kerajaan meletakkan harapan yang tinggi kepada golongan muda untuk mewarisi kepemimpinan negara pada masa hadapan kerana mereka bukan sahaja menjadi harapan keluarga serta masyarakat malah harapan utama negara untuk menjadi penerajunya.
Oleh itu sikap benci dan antirasuah perlu dipupuk dari hati nurani anak muda sendiri agar barah rasuah dapat dibanteras dari peringkat awal.
Lebih mengejutkan juga, perkembangan sama turut dilaporkan dalam kalangan wanita apabila statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari 2012 hingga 2018 menunjukkan sebanyak 700 kertas siasatan dibuka membabitkan wanita di negara ini.
Dilaporkan seramai 453 orang ditangkap bagi membantu siasatan kes yang mana seramai 183 daripada mereka dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, kesan jenayah rasuah amat dahsyat sehingga mampu menyebabkan kejatuhan sesebuah kerajaan yang hebat.
Justeru, kini adalah masanya untuk membina semula negara dan rakyat pada semua peringkat lapisan memainkan peranan sangat penting dalam membantu kerajaan dan negara membasmi najis rasuah dari semua aspek, di peringkat paling rendah sehinggalah yang membabitkan pihak atasan tanpa takut dan bimbang.
Kerana jihad membasmi rasuah sangat penting demi survival negara kita pada masa hadapan.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut meminta masyarakat jangan menjadikan rasuah sebagai bahan jenaka atau gurau senda sebaliknya laporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya ia berlaku di tempat masing-masing.
Masyarakat perlu memupuk budaya baharu iaitu melihat rasuah sebagai teruk dan memberi impak negatif bukan sahaja kepada golongan belia bahkan kepada bangsa dan negara.
Perkasa peranan SPRM
Kementerian Belia dan Sukan menggariskan tiga cadangan untuk membanteras gejala rasuah bagi mengelakkan ia lebih berleluasa, khususnya dalam kalangan belia seperti memperkasakan lagi peranan SPRM di samping melakukan pindaan undang-undang termasuk pengasingan kuasa dan campur tangan politik serta liputan meluas berkaitan sesuatu kes rasuah.
Sebagai contoh, SPRM diletakkan di bawah Parlimen dan bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Melihat kepada bahaya rasuah yang mempunyai implikasi besar kepada pembinaan bangsa dan negara, maka usaha membanterasnya hendaklah dilakukan dari akar umbi melalui pendekatan agama, sosial dan pendidikan.
Berikan kesedaran bahaya rasuah di peringkat awal kanak-kanak, sekolah rendah, menengah sehinggalah ke peringkat universiti.
Selain agensi kerajaan dan peruntukan undang-undang sedia ada, semua pihak perlu memainkan peranan di mana kempen anti rasuah perlu diperluaskan ke seluruh negara.
Ia boleh dicapai melalui jaringan media massa, penggunaan teknologi maklumat seperti media sosial, sokongan bersepadu badan bukan kerajaan (NGO), agensi agama, persatuan penduduk, kelab sosial, badan pemikir, pusat kajian, institusi pendidikan tinggi dan lain-lain.
Usaha holistik yang bersifat jangka panjang ini memerlukan masa, keringat dan tenaga agar rasuah tidak menjadi barah dan berakar di dalam masyarakat kita.
Penulis adalah Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Komunikasi Massa UiTM
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/07/454464/elak-rasuah-jadi-barah-kepada-negara

Comments
Post a Comment