Posts

RM2.5 bilion wang rasuah disita sejak Jun lalu

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2.5 bilion wang tunai dirampas dan disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi pelbagai siasatan dalam tempoh empat bulan sejak Jun lalu. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, berkata rampasan itu membabitkan pelbagai kesalahan rasuah, penyelewengan, serta salah guna kuasa selain siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disiasat SPRM. Katanya, jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk pelbagai rampasan berbentuk barangan seperti kenderaan, barang perhiasan atau hartanah yang belum ditafsirkan nilainya. “Sepanjang lebih 30 tahun saya berkhidmat dengan SPRM, angka itu adalah paling besar dicapai SPRM berikutan diperoleh dalam tempoh empat bulan sahaja. “Jumlah itu pula tidak termasuk pelbagai barangan atau hartanah disita SPRM yang belum dinilaikan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri program temubual bersama Bernama Radio di Wisma Bernama, hari ini. Mohd Shukri berkata, dalam tempoh yang sama...

Sebat pesalah rasuah: Kerajaan diminta timbang cadangan SPRM

PUTRAJAYA 30 Sept.- Kerajaan diminta menimbang dan melakukan kajian lebih terperinci berhubung cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar pesalah rasuah dikenakan hukuman sebat. Ketua Pesuruhanjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, kajian itu wajar dilaksanakan bagi menambah hukuman rasuah di bawah Akta SPRM 2009 yang sedia ada iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda. Beliau menjelaskan, hukuman sebat bakal menjadi satu pengajaran serius dalam menangani gejala rasuah yang semakin serius di negara ini. "Jika kesalahan menipu dikenakan sebat, apatah lagi rasuah yang merupakan punca segala jenayah. "Rasuah merupakan punca jenayah merebak, daripada kegiatan ini, berlakunya penyeludupan, berjudi, minum arak dan jenayah lain," katanya ketika ditemui selepas Majlis Bacaan Yasin dan tahlil serta ceramah agama sempena ulang tahun ke-51 SPRM di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini. Yang hadir sama, Timbalan Ketua Pesuruhanjaya...

'Kes 1MDB terlalu kompleks'

Image
SELEPAS setengah abad, esok Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut ulang tahun penubuhannya ke-51. Sepanjang tempoh itu, pelbagai onak dan duri sudah ditempuhi bagi memastikan Malaysia ditadbir urus dengan telus. Sempena ulang tahun berkenaan, wartawan AMIR ABD HAMID menerusi Kafe Ahad minggu ini menemu bual Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil yang menyentuh pelbagai isu yang sedang hangat diperkatakan masyarakat seperti skandal aliran dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta kewajipan perisytiharan harta oleh anggota pentadbiran kerajaan. Apakah ada pembaharuan dalam misi, visi serta hala tuju Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diberikan tanggungjawab untuk memastikan Malaysia ditadbir urus dengan telus? Kita nak menyambut ulang tahun penubuhan ke-51 pada Isnin ini (esok). Visi dan misi kita tidak berubah yang sedia ada terutamanya adalah untuk membanteras segala bentuk jenayah rasuah, salah guna kuasa da...

Kes 1MDB uji Amla

AMLA adalah akronim atau singkatan nama undang-undang utama negara ini yang diluluskan Parlimen untuk membanteras jenayah pengubahan wang haram iaitu Anti-Money Laundering Act 2001 (Akta 613), yang mula berkuatkuasa pada 15 Januari 2002. Akta ini kemudian dipinda pada Mac 2007 untuk membolehkan kerajaan membanteras pembiayaan keganasan. Tajuk asal akta ini dipinda kepada Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Act Financing (AMLATFA), atau dalam bahasa Malaysia, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan. Sebelum AMLA wujud apabila pihak berkuasa menjalankan siasatan mengenai satu jenayah kolar putih, undang-undang yang dipakai adalah seperti Kanun Keseksaan, Akta Syarikat 1965, Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988 dan Akta Pencegahan Rasuah 1997. Kini, dengan adanya AMLA 2001 dan Akta SPRM 2009 (yang menggantikan Akta Pencegahan Rasuah 1997), tugas pihak berkuasa membanteras jenayah pengubahan wang haram boleh dijalankan dengan lebih berkesa...

Seksyen 17(A) Akta SPRM pantau korporat, syarikat swasta

KUALA LUMPUR – Sudah tiba masa korporat dan syarikat swasta lebih berhati hati dalam menjalankan urusan masing masing. Ini kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memantau setiap transaksi dan urusan yang membabitkan pelbagai lapisan daripada pengurus tertinggi sehingga kakitangan bawahan dan pihak ketiga. Bagi memperkasa Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694) pada April lalu, suruhanjaya itu telah melaksanakan Rang Undang-undang SPRM (Pindaan) 2018 berkaitan Liabiliti Korporat yang diluluskan di Dewan Rakyat. Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Antirasuah dan Pematuhan Korporat (CACCC), Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk P. Ganason berkata, Akta 694 telah dipinda dan menambahbaik dengan mewujudkan Seksyen 17 (A) yang akan dikuatkuasakan terhadap semua organisasi korporat dan swasta di Malaysia. “Ekoran pindaan itu, kita akan mengadakan seminar bertajuk “Gearing Up For Corporte Liability’ melibatkan penyertaan semua pema...

Dua koperal didakwa terima suapan

IPOH - Dua anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas tiga pertuduhan rasuah bernilai RM1,800, tiga tahun lalu. Koperal Wan Nooruzhafizam Wan Mohd Noor, 37 dan Koperal Abd Samad Ahmad, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim S Indra Nehru. Bagi pertuduhan pertama dan kedua, kedua-dua tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar didakwa memperoleh suapan berjumlah RM500 dan RM300 daripada Muhamad Saifulriezzuan Samsuddin sebagai dorongan untuk tidak mengganggu 'port' ketum miliknya. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Arena Square Kuala Kangsar pada 3 September dan 6 Oktober 2015. Pertuduhan ketiga pula, tertuduh secara bersama cuba memperoleh suapan RM1,000 dari individu sama di tepi jalan besar Kampung Bendang Kering kira-kira jam 3.30 petang pada 15 Oktober 2015. Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pen...

SPRM kenal pasti 3 punca utama rasuah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenalpasti sektor perolehan dan penguatkuasaan serta individu yang mempunyai kepentingan dan kuasa menjadi penyumbang utama gejala rasuah di negara ini, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki. “Rasuah membabitkan perolehan dan individu berkepentingan mempunyai kaitan kerana pihak berkenaan mempunyai kuasa dalam meluluskan sesuatu projek. ”Ini antara penyebab ketirisan ekonomi negara sama ada wang hilang akibat jenayah rasuah atau wang tidak dikutip akibat jenayah (rasuah) ini,” katanya selepas menjadi tetamu bual bicara #SPRM360 terbitan Bernama Radio di sini, hari ini. Azam berkata, bagaimanapun, pihaknya tetap komited dalam mengendalikan kes berprofil tinggi yang menyebabkan ketirisan wang negara. “Kita tidak mahu jenayah ekonomi seperti ini menyebabkan kita kehilangan lebih banyak wang negara. “Walaupun gejala rasuah di negara kita ini boleh dianggap serius, namun ia masih boleh dik...