Dua koperal didakwa terima suapan
IPOH - Dua anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas tiga pertuduhan rasuah bernilai RM1,800, tiga tahun lalu.
Koperal Wan Nooruzhafizam Wan Mohd Noor, 37 dan Koperal Abd Samad Ahmad, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim S Indra Nehru.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, kedua-dua tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar didakwa memperoleh suapan berjumlah RM500 dan RM300 daripada Muhamad Saifulriezzuan Samsuddin sebagai dorongan untuk tidak mengganggu 'port' ketum miliknya.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Arena Square Kuala Kangsar pada 3 September dan 6 Oktober 2015.
Pertuduhan ketiga pula, tertuduh secara bersama cuba memperoleh suapan RM1,000 dari individu sama di tepi jalan besar Kampung Bendang Kering kira-kira jam 3.30 petang pada 15 Oktober 2015.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, R Kumuthambal manakala tertuduh diwakili peguam K Nahtan.
Indra Nehru membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh dan memerintah pasport mereka diserahkan kepada SPRM.
Kes disebut semula pada 25 Oktober untuk serahan dokumen dan pengurusan kes.
http://www.sinarharian.com.my/mahkamah/dua-koperal-didakwa-terima-suapan-1.883778

Comments
Post a Comment