Sebat pesalah rasuah: Kerajaan diminta timbang cadangan SPRM
PUTRAJAYA 30 Sept.- Kerajaan diminta menimbang dan melakukan kajian lebih terperinci berhubung cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar pesalah rasuah dikenakan hukuman sebat.
Ketua Pesuruhanjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, kajian itu wajar dilaksanakan bagi menambah hukuman rasuah di bawah Akta SPRM 2009 yang sedia ada iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda.
Beliau menjelaskan, hukuman sebat bakal menjadi satu pengajaran serius dalam menangani gejala rasuah yang semakin serius di negara ini.
"Jika kesalahan menipu dikenakan sebat, apatah lagi rasuah yang merupakan punca segala jenayah.
"Rasuah merupakan punca jenayah merebak, daripada kegiatan ini, berlakunya penyeludupan, berjudi, minum arak dan jenayah lain," katanya ketika ditemui selepas Majlis Bacaan Yasin dan tahlil serta ceramah agama sempena ulang tahun ke-51 SPRM di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.
Yang hadir sama, Timbalan Ketua Pesuruhanjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil.
Pada masa sama, Mohd. Shukri berkata, selepas kajian dilakukan, cadangan hukuman sebat perlu melalui proses pengubalan undang-undang sebelum dilaksanakan.
"Dalam soal ini, kita (SPRM) amat serius dan tidak main-main untuk memerangi jenayah rasuah.
"Sehubungan itu, hukuman sebat merupakan langkah lain kita dalam mendidik rakyat Malaysia bebas daripada belenggu rasuah," katanya.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sebat-pesalah-rasuah-kerajaan-diminta-timbang-cadangan-sprm-1.758286#ixzz5SeEfOLFk

Comments
Post a Comment