Posts

Rasuah: Bekas pemimpin PKR dihadapkan ke mahkamah

SHAH ALAM 28 Feb.- Bekas Ketua Cabang PKR Sungai Besar, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 11 pertuduhan memberikan rasuah dan menyalahgunakan kuasa membabitkan RM24,000 bagi penganjuran ekspo, tiga tahun lalu. Tertuduh, Mohamad Fauzi Ahmad, 49, yang juga bekas Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Mohamad Fauzi didakwa atas 10 pertuduhan memberikan suapan berjumlah RM24,000 kepada lima orang lelaki termasuk empat daripadanya merupakan ejen kerajaan bagi mengundi Ligat Bina Enterprise sebagai penganjur Ekspo Raya 2016 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MDSB yang diadakan pada 13 Mei 2016. Tertuduh yang ketika itu memegang jawatan Ahli MDSB didakwa melakukan perbuatan tersebut di CIMB Bank Cawangan Sungai Besar dan Rawang, Pejabat PKR Cabang Sungai Besar serta sekitar Sekinchan dan Sabak Bernam pada April 2016 hingga Mac 20...

Sarjan polis didakwa terima rasuah RM8,000

KUALA LUMPUR: Seorang sarjan polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menerima rasuah RM8,000 bagi memulangkan pasport dan rantai emas milik seorang pelajar kolej yang ditahan bagi membantu siasatan kes jenayah, April tahun lalu. Radzali Muchtar, 32, yang bertugas di Balai Polis Sentul, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rozina Ayob. Berdasarkan kertas pertuduhan, Radzali sebagai ejen kerajaan didakwa memperoleh suapan wang tunai RM8,000 daripada seorang penuntut kolej swasta, Nicholad Asaminor sebagai dorongan supaya memulangkan barangan milik lelaki itu yang ditahan berhubung siasatan jenayah. Dia sudah berkhidmat selama lapan tahun dituduh melakukan kesalahan itu bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, jam 12.25 tengah hari, pada 12 April 2018. Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SP...

Pengurus projek didakwa buat tuntutan palsu lebih RM415,000

ALOR SETAR: Seorang pengurus projek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan membuat tuntutan palsu lebih RM415,000 daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah pada 2016. Abdullah Hassan, 57, didakwa mengemukakan tuntutan palsu itu bagi tender kerja pengalihan utiliti untuk projek menaik taraf Sungai Tanjung Pauh dan Anak Bukit, terusan utama dan terusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) serta kerja berkaitan rancangan tebatan banjir. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat JPS Kedah di Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah, antara Julai dan September 2016. Abdullah didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta sama. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya. Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Syahrul Khuzaini Amiruddin mencadangkan jaminan RM50,000 terhadap tertuduh. Peguam tertuduh, Ab...

Bekas pengurus besar PPN Terengganu didakwa salah guna kuasa

KUALA TERENGGANU 27 Feb. - Seorang bekas pengurus besar Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Terengganu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan salah guna kuasa melibatkan jumlah keseluruhan RM303,546. Tertuduh, Che Sa’adon Che Yahya, 55, yang ditukarkan ke PPN Kelantan pada tahun lalu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob. Mengikut pertuduhan pertama, Che Sa’adon didakwa menggunakan jawatannya sebagai pengurus besar Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Terengganu untuk mendapatkan suapan bagi anaknya apabila memilih syarikat Arcana Jaya Enterprise milik Muhammad Faris dalam pembekalan dan menghantar penjantan dan induk bebiri bagi projek fasa satu di Kampung Pelam bernilai RM107,050. Tertuduh yang juga Ahli Pengarah Gapets Sdn. Bhd. didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Gapets di sini pada 1 November 2016. Bagi pertuduhan kedua, Che Sa'adon didakwa  menyalahgunakan kedudukannya sebagai...

Terapkan semangat 'You'll Never Walk Alone' dalam mencegah rasuah

Sedar tak sedar, semakin hari semakin jauh kita melangkah memasuki 2019. Bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua bulan pertama ini masih seperti tahun-tahun sebelumnya, terus mendendangkan berita-berita 'panas' penahanan dan pendakwaan berhubung kes-kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Seolah-olah tiada surutnya. Sekadar mengulangi apa yang orang ramai sudah tahu, rasuah ketika ini masih menjalar dari organisasi ke organisasi, syarikat ke syarikat hinggalah ke lorong-lorong belakang. Jenayah ini sering membabitkan pegawai-pegawai dari bawah sehingga ke atas. Itulah realitinya. Dalam soal pencegahan rasuah pula, tidak keterlaluan jika saya luahkan soalan 'apa lagi yang kita (SPRM) belum lakukan?'. Jika diimbau lebih 30 tahun dahulu, kerajaan pernah memperkenalkan Dasar 'Pandang ke Timur' pada 1982 bertujuan mendidik rakyat Malaysia khususnya penjawat awam agar mempelajari dan meniru budaya murni masyarakat Jepun. Masyarakat ...

Kesalahan rasuah oleh organisasi komersial

Tidak semua ahli perniagaan yang jujur. Demi keuntungan dan kelangsungan syarikat, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Salah satunya dengan cara merasuah individu tertentu untuk mendapat projek. Hakikat yang pahit untuk diakui, masalah rasuah dalam perniagaan di Malaysia adalah amat membimbangkan. Kajian KPMG Malaysia Fraud, Bribery and Corruption Survey 2013 mendapati 71 peratus responden mengatakan, perniagaan tidak dapat dijalankan di Malaysia melainkan dengan membayar sejumlah rasuah. Rasuah bukan hanya masalah negara kita. Jenayah tanpa mangsa atau ‘victimless crime’ ini adalah masalah global. Dalam skop yang lebih luas, Transparency International menganggarkan, dunia kerugian sebanyak USD2.6 trilion setiap tahun kerana rasuah. Sejumlah USD1 trilion rasuah dibayar untuk pelbagai tujuan. Pertubuhan tersebut turut menyatakan, rasuah menyebabkan penambahan 10 peratus ke atas kos untuk menjalankan perniagaan. Mengukuhkan Akta SPRM 2009 Pada 5 April 2018, Parlimen melulusk...

Jadikan bodek jenayah rasuah

SAUDARA PENGARANG KERAJAAN khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Pusat Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (GIACC) boleh mempertimbangkan untuk melihat, mengkaji dan menjadikan amalan bodek membodek bagi mendapatkan sesuatu sebagai sebahagian daripada jenayah rasuah. Perbuatan itu juga boleh didakwa di bawah akta berkaitan rasuah dalam negara kita. Mengikut fahaman tradisi atau konvensional, rasuah bermaksud penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan selalunya terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun dan lain-lain lagi. Menurut peruntukan undang-undang di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah utama iaitu dengan meminta atau menerima rasuah (Seksyen 16 dan 17 (a) Akta 694), menawar atau memberi suapan (Seksyen 17 (b) Akta 694)...