Rasuah: Bekas pemimpin PKR dihadapkan ke mahkamah
SHAH ALAM 28 Feb.- Bekas Ketua Cabang PKR Sungai Besar, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 11 pertuduhan memberikan rasuah dan menyalahgunakan kuasa membabitkan RM24,000 bagi penganjuran ekspo, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Mohamad Fauzi Ahmad, 49, yang juga bekas Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Mohamad Fauzi didakwa atas 10 pertuduhan memberikan suapan berjumlah RM24,000 kepada lima orang lelaki termasuk empat daripadanya merupakan ejen kerajaan bagi mengundi Ligat Bina Enterprise sebagai penganjur Ekspo Raya 2016 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MDSB yang diadakan pada 13 Mei 2016.
Tertuduh yang ketika itu memegang jawatan Ahli MDSB didakwa melakukan perbuatan tersebut di CIMB Bank Cawangan Sungai Besar dan Rawang, Pejabat PKR Cabang Sungai Besar serta sekitar Sekinchan dan Sabak Bernam pada April 2016 hingga Mac 2017.
Mohamad Fauzi juga didakwa satu lagi pertuduhan menyalahgunakan kuasa sebagai ahli MDSB bagi mendapatkan suapan apabila mengambil bahagian dalam mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MDSB bagi memilih syarikat sama sebagai penganjur program yang sama.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dilakukannya di MDSB pada 13 Mei 2016.
Bagi kesemua pertuduhan, bekas pemimpin PKR itu didakwa mengikut Seksyen 17 (b) dan Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohammad Suffian Ja'afar kemudiannya menawarkan jaminan sebanyak RM100,000 untuk 11 pertuduhan itu berserta seorang penjamin selain pasport tertuduh perlu diserahkan kepada pihak mahkamah.
Peguam R. Tirukumaran yang mewakili tertuduh memohon pengurangan jaminan kepada RM50,000 susulan anak guamnya itu hanya peniaga kecil-kecilan dan berpendapatan RM4,000 sebulan serta mempunyai dua anak yang perlu ditanggungnya, selain menghidap darah tinggi.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM60,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan tarikn sebutan kes pada 27 Mac hadapan.-UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/rasuah-bekas-pemimpin-pkr-dihadapkan-ke-mahkamah-1.850531#ixzz5gsPR1n21

Comments
Post a Comment