Jadikan bodek jenayah rasuah

SAUDARA PENGARANG

KERAJAAN khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Pusat Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (GIACC) boleh mempertimbangkan untuk melihat, mengkaji dan menjadikan amalan bodek membodek bagi mendapatkan sesuatu sebagai sebahagian daripada jenayah rasuah. Perbuatan itu juga boleh didakwa di bawah akta berkaitan rasuah dalam negara kita.

Mengikut fahaman tradisi atau konvensional, rasuah bermaksud penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan selalunya terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun dan lain-lain lagi. Menurut peruntukan undang-undang di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah utama iaitu dengan meminta atau menerima rasuah (Seksyen 16 dan 17 (a) Akta 694), menawar atau memberi suapan (Seksyen 17 (b) Akta 694), mengemukakan tuntutan palsu (Seksyen 18 Akta 694) dan menggunakan jawatan ataupun kedudukan untuk suapan pegawai awam (Seksyen 23 Akta 694).

Perlu diketahui bodek membodek untuk mendapat sesuatu patut juga dijadikan sebahagian daripada amalan rasuah kerana walaupun ia tidak melibatkan pemberian atau pertukaran barangan tertentu seperti wang atau hadiah yang diberikan untuk mendapatkan sesuatu sebagai balasan, amalan ini juga sedikit sebanyak mempunyai kesan yang buruk sama seperti amalan rasuah lain.

Cadangan ini boleh dibawa terus kepada SPRM atau GIACC untuk kajian dan penelitian lanjut sebagai usaha memerangi segala bentuk jenayah rasuah dalam negara kita.



DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)



http://www.utusan.com.my/rencana/forum/jadikan-bodek-jenayah-rasuah-1.846059#ixzz5gJlBxNn3 

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip