Sarjan polis didakwa terima rasuah RM8,000
KUALA LUMPUR: Seorang sarjan polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menerima rasuah RM8,000 bagi memulangkan pasport dan rantai emas milik seorang pelajar kolej yang ditahan bagi membantu siasatan kes jenayah, April tahun lalu.
Radzali Muchtar, 32, yang bertugas di Balai Polis Sentul, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Radzali sebagai ejen kerajaan didakwa memperoleh suapan wang tunai RM8,000 daripada seorang penuntut kolej swasta, Nicholad Asaminor sebagai dorongan supaya memulangkan barangan milik lelaki itu yang ditahan berhubung siasatan jenayah.
Dia sudah berkhidmat selama lapan tahun dituduh melakukan kesalahan itu bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, jam 12.25 tengah hari, pada 12 April 2018.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Abdul Rashid Sulaiman, menawarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, Radzali dalam rayuannya menerusi peguam Nurul Nazirah Norazlan, memohon jaminan dikurangkan dengan alasan menanggung keluarga dan tiga anak yang masih kecil.
Hakim Rozina membenarkan Radzali diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan diserahkan kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri di pejabat SPRM tiap bulan dan menetapkan 20 Mac ini untuk sebutan kes.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/02/535545/sarjan-polis-didakwa-terima-rasuah-rm8000

Comments
Post a Comment