Posts

Showing posts from August, 2016

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: DZULKIFLI ANGKAT SUMPAH KETUA PESURUHJAYA SPRM

Image
YBhg. Datuk Dzulkifli Ahmad yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Ogos lalu, mengangkat sumpah di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, hari ini. Dzulkifli yang merupakan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang ke 12 tiba di Istana Negara kira-kira pukul 9 pagi. Majlis angkat sumpah tersebut adalah selari dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 yang mana setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong. Selepas majlis tersebut, Dzulkifli turut menyertai sesi bergambar secara berkumpulan bersama Yang di-Pertuan Agong. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan & Professionalisme) Dato’ Sri Jamidan Abdullah, Pengarah Siasatan SPRM, Dato’ Azam Baki, Pengarah Bahagian Pe

Three senior officials remanded over alleged graft

PUTRAJAYA: Three senior officials have been produced in the magistrate’s courts here, Malacca and Kelantan by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to apply for remand to facilitate investigations into allegations of corruption and money laundering against them. Magistrate Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman today allowed the application by the MACC to remand a 54-year-old senior officer with Kuala Lumpur City Hall (DBKL), who is a ‘Datuk Seri’, until Aug 22. Lawyer Azizzul Shariman Mat Yusoff, representing the 54-year-old man, told reporters here that his client was being investigated under Sections 17(a) and 23 of the MACC Act 2009 over alleged corruption, and also under the Anti-Money Laundering, Ant-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001. He said his client was arrested at his office in the DBKL building, Kuala Lumpur, at 3.07pm yesterday. In the Malacca magistrate’s court, Assistant Registrar Syarina Shaarani @ Tan issued a re

Lagi ‘jerung’ diburu SPRM

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ti­dak menolak kemungkinan akan menahan beberapa lagi ‘jerung’ terdiri daripada pegawai ting­gi badan awam dan syarikat milik kerajaan (GLC) yang terlibat dalam kes-kes rasuah, salah gu­na kuasa serta pengubahan wang haram dan membekukan harta-harta yang diperoleh mereka secara jenayah.
 Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, ini merupakan pendekatan terbaharu pihaknya berikutan kejayaan penahanan tiga individu termasuk yang bergelar Datuk Seri dan Datuk melibat dakwaan rasuah dan salah guna kuasa berjumlah RM13 juta yang didedahkan semalam. Menurutnya, usaha menjeja­ki mereka yang hidup me­wah hasil kegiatan itu sedang dijalankan pihak SPRM.
“Tunggulah nanti, jika ada penahanan dibuat kita akan maklumkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan SPRM semalam yang membekukan akaun simpanan berjumlah lebih RM13 jut

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: SPRM TAHAN TIGA INDIVIDU, BEKU ASET BERNILAI JUTAAN RINGGIT

SELARAS dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad baru-baru ini yang mahu membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan satu operasi serentak di tiga buah negeri iaitu  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan. Seramai tiga penjawat awam, dua daripadanya berpangkat Dato' Sri dan Dato' ditahan SPRM hari ini atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram. Mereka yang masing-masing berkhidmat di salah satu jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di ketiga-tiga negeri pada lebih kurang jam 12 dan 2 petang tadi. Mereka yang ditahan berumur dalam lingkungan 50-an. Susulan penahanan tersebut, akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta telah dibekukan, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap yang ditahan. Turut disi

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: 20 ANGGOTA BADAN BEBAS SPRM DILANTIK HARI INI

PELANTIKAN seramai 20 anggota badan bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dan anggota Panel Penilaian Operasi (PPO) telah berkuat kuasa bermula 15 Ogos 2016. Daripada 20 anggota tersebut, 13 merupakan anggota PPPR manakala selebihnya dilantik sebagai anggota PPO. Pelantikan anggota bagi kedua-dua badan bebas itu terdiri daripada pemimpin-pemimpin badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan; golongan profesional; ahli-ahli akademik serta bekas pegawai tertinggi kerajaan dan mereka dilantik secara pentadbiran di bawah Akta SPRM 2009. Tempoh pelantikan anggota bagi PPPR dan PPO adalah selama setahun berkuat kuasa hari ini sehingga 14 Ogos tahun depan. Berikut senarai penuh ahli-ahli yang menerima watikah pelantikan: Ahli-Ahli PPPR bagi sesi 15 Ogos 2016 - 14 Ogos 2017  YBhg. Tan Sri Ismail Adam (Pengerusi) Mantan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam YBhg. Dato’ Wan Mohamad

SPRM sambut baik pembelajaran berniaga tanpa rasuah

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyambut baik cadangan Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) untuk melaksanakan Aktiviti Pembelajaran Berniaga Melalui Internet Tanpa Rasuah sebagai usaha untuk mendidik masyarakat supaya membanteras rasuah. Dalam kenyataan bersama SPRM dan YARM, SPRM berkata, ia akan memberi kerjasama dan sokongan penuh bagi memastikan aktiviti bawah Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) tersebut mencapai objektif untuk meningkatkan kesedaran mengenai rasuah serta kewajipan setiap individu untuk menjauhi diri daripada perlakuan rasuah. Selain menyediakan fasiliti dan kemudahan asas bagi keperluan latihan, SPRM juga akan bekerjasama dengan YARM dari segi penyediaan pembelajaran Berniaga Melalui Internet Tanpa Rasuah, sejajar dengan kempen Merakyatkan SPRM. Aktiviti Pembelajaran Berniaga Melalui Internet Tanpa Rasuah dicadangkan susulan permintaan MDeC yang terdiri daripada ejen terlatih berdaftar di bawah Kementerian Komunikasi dan Mult

Salah guna kuasa penjawat awam sasaran Dzulkifli

Image
PUTRAJAYA - Transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Badan Pencegahan Rasuah (BPR) pada 2009 telah menampakkan perubahan ketara dalam usaha pencegahan rasuah di negara ini. Berpegang kepada prinsip adil, amanah dan tegas dalam melaksanakan tugas berlandaskan undang-undang, suruhanjaya itu terus komited untuk membasmi jenayah rasuah di negara ini, khususnya dalam kalangan penjawat awam bagi membendung isu ketirisan hasil kerajaan serta memastikan keadilan sentiasa ditegakkan. Perkara itu antara penekanan yang diberi oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad dalam satu temu bual eksklusif bersama Bernama hari ini, yang merupakan penampilan sulungnya bersama media selepas pelantikannya pada 1 Ogos lepas. Ikuti temu bual Penolong Editor Bernama, Sharifah Nur Shahrizad Syed Sharer dan Ketua Meja Jenayah Syarifah Hunaini Syed Ismail bersama Dzulkifli yang mengulas pelantikannya serta fokus utama beliau dalam menerajui organisas

Dzulkifli Mahu 'Bersihkan' Perkhidmatan Awam

Image
PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) -- Perkhidmatan awam yang bersih daripada gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Itu fokus utama Ketua Penguat Kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad dalam menerajui organisasi itu. "Kita tidak mahu perkhidmatan awam dicemari dengan perbuatan rasuah dan ada pegawai kanan yang dilihat berkehidupan mewah melebihi pendapatannya serta mengumpul harta melalui perbuatan jenayah rasuah," katanya dalam temu bual bersama BERNAMA, di sini hari ini. Beliau berkata penumpuan akan diberi kepada agensi penguatkuasaan, kawal selia, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan selaras dengan hasrat Program Transformasi Kerajaan. Katanya peranan pegawai integriti juga akan diperkukuhkan agar integriti serta tadbir urus perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan. "Ini akan mengurangkan ketirisan dan terus memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam mencapai satu ta

Serah Diri Atau Tunggu Kami - KP SPRM

Image
PUTRAJAYA, 14 Ogos (Bernama) -- Hentikan rasuah dan salah guna kuasa sekarang atau bersedia berdepan tindakan tegas pasukan penguatkuasaan. Itu amaran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad, 48, yang sekaligus turut membuka ruang kepada pelaku rasuah untuk tampil 'menyerah diri' secara sukarela bagi memungkinkan hukuman lebih ringan dipertimbangkan terhadap mereka. "Datang sekarang, ini peluang yang saya buka, datang bila-bila masa sebelum diambil tindakan. Kalau sudah diambil tindakan baru nak jumpa kami, tak payahlah. Kalau dah rasa 'panas', datanglah. "Kita akan kaji dan bincangkan dengan pihak Peguam Negara apa tindakan yang boleh diambil (untuk diringankan hukuman) kerana soal pendakwaan adalah di bawah tanggungjawab mereka," katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama di pejabatnya, di sini pada Sabtu. Tawaran itu walau dilontarkan dalam nada penuh toleransi, namu

SPRM Tingkat Pendekatan Beku, Sita Dan Lucut Harta Pelaku Rasuah

Image
PUTRAJAYA, (Bernama) -- Tindakan tegas termasuk membeku, menyita atau melucutkan hak harta yang diperoleh melalui perbuatan rasuah dan salah guna kuasa akan digunakan secara lebih agresif dalam membendung perlakuan rasuah di negara ini. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata tindakan itu akan dijalankan dengan menggunakan kemampuan dan kuasa penguatkuasaan yang sedia ada. "Antaranya tindakan demikian boleh diambil melalui peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009; Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA)," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama pada Sabtu. "Pada hemat saya, faktor utama yang mendorong gejala rasuah semakin berleluasa adalah kerana sikap tamak pada golongan yang mempunyai kuasa dan kedudukan sama ada dalam kalangan mereka yang berjawatan tinggi mahupun rendah.

Kerajaan cadang jadikan Modul Pencegahan Rasuah IPT subjek wajib

KUALA LUMPUR : Kerajaan sedang berusaha untuk memastikan Modul Pencegahan Rasuah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dijadikan mata pelajaran wajib di semua universiti tempatan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, ketika ini, modul berkenaan telah digerakkan di peringkat sekolah dan IPT. "Kita sudah mula buat dalam sekretariat kita di sekolah dan IPT. Salah satunya, alumni dan jawatankuasa yang ada sekarang ini, merupakan salah satu pendekatan untuk kita sebagai silibus tetap," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penutup Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) kali ke-6 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini. Buat masa ini katanya, modul berkenaan tidak melibatkan semua pelajar kerana ia masih belum dijadikan subjek wajib di universiti. "Cadangan untuk mengadakan silibus program sebagai silibus yang tetap ini yang kita tengah bincangkan. Ada satu kursus di semua universiti dulu dipanggil Tamad

55 peratus daripada 1,902 tangkapan rasuah di bawah 40 tahun

Sebanyak 55 peratus daripada 1,902 tangkapan rasuah pada 2013 hingga kini melibatkan golongan berusia antara 20 dan 40 tahun. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata pelbagai program sudah dijalankan bagi mengurangkan bilangan golongan itu terlibat dalam rasuah. Katanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bahagian Pencegahan bertanggungjawab untuk mendekati golongan muda bagi mengatasi masalah itu. "Jumlah ini pada kami besar dan kami ada program untuk pastikan ia dapat dikurangkan...budaya dan nilai bencikan rasuah harus diterapkan terutama melalui pendidikan kepada mahasiswa," katanya. Beliau bercakap pada sidang media selepas menutup Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah Kali Ke-6 2016 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini hari ini. Konvensyen anjuran SPRM selama tiga hari yang bertemakan 'Mahasiswa Pencetus Gelombang Transformasi Belia Berintegriti' itu disertai 500 mahasiswa dari seluruh negara. Kon

Lawatan pertama Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu

Image

Make MACC fully independent, says Tricia

KUCHING: The Institute for Democracy and Economic Affairs has developed measures to help the government in fighting corruption. The institute’s chief operating officer, Tricia Yeoh, said IDEAS proposes that the Malaysian Anti-Corruption Commission be raised to a constitutionally mandated Independent Anti-Corruption Commission with security of tenure for its 15 commissioners. Parts of the MACC Act should also be amended to give more investigative powers to the relevant bodies and that other relevant laws such as the Official Secrets Act, Whistleblower Protection Act and Witness Protection Act be improved. Laws should also be introduced to enable freedom of information and asset declarations, and the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor should be separated. Yeoh said the proposals were developed after a year-long consultation with stakeholders such as Senator Paul Low, the minister in the Prime Minister’s Department who oversees integrity issues; former Senate pre

SPRM Sabah siasat 22 penjawat awam buat tuntutan palsu

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang menjalankan siasatan ke atas 22 orang penjawat awam di dua buah jabatan kerajaan di Kota Kinabalu kerana disyaki membuat tuntutan palsu. Menurut Pengarah SPRM Sabah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, 14 daripada pegawai dan kakitangan awam berkenaan disyaki membuat tuntutan elaun perjalanan palsu melibatkan bil hotel berjumlah RM20,000. Beliau berkata, 14 pegawai dan kakitangan awam itu memegang gred antara 17 hingga 22. "Siasatan mendapati tuntutan elaun perjalanan adalah melibatkan tuntutan bil hotel yang telah dibeli dengan harga RM10 hingga RM20 yang kemudian digunakan dalam tuntutan perjalanan pegawai atau kakitangan itu dengan menggunakan kadar kelayakan masing-masing," katanya. Lapan pegawai dan kakitangan awam yang disyaki itu pula didakwa membuat tuntutan elaun lebih masa palsu melibatkan tuntutan berjumlah RM126,000, menurut beliau. Difahamkan kakitangan awam itu telah membuat

Shukri Abdull, perasuah dan penyembunyi rasuah...

RASUAH itu laknatullah. Itu pasal ia amat dikeji. Di negara-negara memba­ngun ia masih menjadi masalah. Di negara komunis hukuman­nya mati. Di negara maju ia hampir tidak kedengaran. Walaupun ada juga di negara-negara maju tetapi tidak seperti negara miskin dan negara sedang membangun se­perti kita. Di negara kita, rasuah menjalar dari organisasi ke organisasi, syarikat ke syarikat. Ia sering membabitkan pegawai-pegawai dari bawah sehingga ke atas. Ia juga membabitkan anggota penguatkuasaan dan juga keselamatan. Itu pasal ia harus dihapuskan kerana akibatnya amat merosakkan. Mereka ini duri dalam daging; gunting dalam lipatan; musang berbulu ayam. Ada juga rasuah membabitkan transaksi yang boleh merosakkan organisasi itu sendiri. Orang dalam sendiri terbabit dalam perniagaan yang kadang-kala konflik pula de­ngan perniagaan syarikat tempat dia mencari makan. Macam-macam hal boleh berlaku. Kerana ketamakan dan mahu kaya cepat, soal halal haram diketepikan. Yang me­ran

Let's welcome the new leadership

THE appointment of the new Malaysian Anti-Corruption Commission chief commissioner Datuk Dzulkifli Ahmad, who replaced Tan Sri Abu Kassim Mohamed, is still the talk of the town. Undeniably, when change involves the higher-ups in any major body, particularly a graft prevention agency, people will form perceptions. Opinions and perceptions are common in a democratic country like Malaysia. Whatever the change, we must be prepared to welcome it. As a civilised society, we should welcome the new leadership. The legacy left behind by the former chief is unquestionable. The same trust and chance must be given to Dzulkifli. Abu Kassim had made MACC into a world-class agency with his years of experience. The new MACC chief is also an experienced hand. He headed the National Revenue Recovery Enforcement Team under the direct monitoring of attorney-general for a couple of years. That area of his expertise isn’t far from what he is doing now. Thus, the spirit of continuing the

Siapa Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu?

KUALA LUMPUR : Kenali Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad. Dilantik menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed mulai 1 Ogos ini, Datuk Dzulkifli, 48 tahun, mempunyai pengalaman luas dalam kes jenayah perdagangan dan pengubahan wang haram. Berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa, Datuk Dzulkifli memulakan kerjaya sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) di Unit Jenayah Perdagangan, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara sejak 7 Jun 1993 hingga Februari 2002. Beliau kemudian dilantik sebagai TPR Unit Terkelas dari Mac 2002 hingga Februari 2003. Datuk Dzulkifli yang berkahwin dengan Datin Bitizela Mohd Bidin dan mempunyai dua anak seterusnya dilantik sebagai Ketua Unit Jenayah Perdagangan, dari 1 Nov 2010 hingga 14 Jan 2015. Pada 15 Jan 2015 sehingga 11 Ogos 2015, beliau dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Kes-kes Jenayah, dan pada 12 Ogos 2015 sehingga kini, beliau memegang jawatan Penga