SPRM sambut baik pembelajaran berniaga tanpa rasuah



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyambut baik cadangan Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) untuk melaksanakan Aktiviti Pembelajaran Berniaga Melalui Internet Tanpa Rasuah sebagai usaha untuk mendidik masyarakat supaya membanteras rasuah.
Dalam kenyataan bersama SPRM dan YARM, SPRM berkata, ia akan memberi kerjasama dan sokongan penuh bagi memastikan aktiviti bawah Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) tersebut mencapai objektif untuk meningkatkan kesedaran mengenai rasuah serta kewajipan setiap individu untuk menjauhi diri daripada perlakuan rasuah.
Selain menyediakan fasiliti dan kemudahan asas bagi keperluan latihan, SPRM juga akan bekerjasama dengan YARM dari segi penyediaan pembelajaran Berniaga Melalui Internet Tanpa Rasuah, sejajar dengan kempen Merakyatkan SPRM.
Aktiviti Pembelajaran Berniaga Melalui Internet Tanpa Rasuah dicadangkan susulan permintaan MDeC yang terdiri daripada ejen terlatih berdaftar di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk memasukkan tajuk pembelajaran Berniaga Melalui Internet Tanpa Rasuah.
Pembelajaran kelas adalah terbuka kepada masyarakat Malaysia berusia 18 ke atas yang berminat untuk memulakan perniagaan atau sedang berniaga dan latihan tersebut akan diberikan secara percuma kepada peserta.
SPRM berharap dengan kerjasama yang terjalin tersebut, ia dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan peranan dan tanggungjawab mereka untuk memerangi rasuah bersama SPRM.
YARM merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertindak untuk membantu SPRM dalam menjalankan aktiviti kempen antirasuah termasuk menyediakan program kesedaran sivik secara positif bagi mendidik masyarakat supaya membenci perlakuan rasuah. - MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip