Dzulkifli mula tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu
PUTRAJAYA 1 Ogos - Datuk Dzulkifli Ahmad
hari ini memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu di Ibu Pejabat SPRM di sini.
Beliau yang tiba tepat pada 8 pagi disambut
barisan pengurusan tertinggi SPRM yang diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya
(Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Seri Mohd. Jamidan Abdullah.
Hadir sama termasuk Pengarah Bahagian
Keselamatan SPRM, Datuk Alias Salim dan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk
Azam Baki.
Beliau kemudiaannya mengetip kad perakam
waktu sebelum masuk ke pejabat.
Dzulkifli, yang sebelum ini merupakan
Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara,
menggantikan Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa
pada Jumaat lepas mengumumkan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya
SPRM yang baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021.
Abu Kassim pula akan ditempatkan sebagai
Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara
(UiTM). - BERNAMA
Comments
Post a Comment