KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: 20 ANGGOTA BADAN BEBAS SPRM DILANTIK HARI INI

PELANTIKAN seramai 20 anggota badan bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dan anggota Panel Penilaian Operasi (PPO) telah berkuat kuasa bermula 15 Ogos 2016.

Daripada 20 anggota tersebut, 13 merupakan anggota PPPR manakala selebihnya dilantik sebagai anggota PPO.

Pelantikan anggota bagi kedua-dua badan bebas itu terdiri daripada pemimpin-pemimpin badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan; golongan profesional; ahli-ahli akademik serta bekas pegawai tertinggi kerajaan dan mereka dilantik secara pentadbiran di bawah Akta SPRM 2009.

Tempoh pelantikan anggota bagi PPPR dan PPO adalah selama setahun berkuat kuasa hari ini sehingga 14 Ogos tahun depan.

Berikut senarai penuh ahli-ahli yang menerima watikah pelantikan:


Ahli-Ahli PPPR bagi sesi 15 Ogos 2016 - 14 Ogos 2017 

YBhg. Tan Sri Ismail Adam (Pengerusi)
Mantan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam

YBhg. Dato’ Wan Mohamad Bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz,
Mantan Ketua Pengarah JAKIM

YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd Sham bin Mohd Sani,
Mantan Naib Canselor,  Universiti Kebangsaan Malaysia

YBhg. Tan Sri Profesor Dato’ Dr. T. Marimuthu,
Profesor Adjung di Asia e University

YBhg. Tan Sri Tang Yeam Soon,
Pengarah Urusan, The Store Corporation Berhad

YBhg. Dato’ V. Danapalan,
Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI)

YBhg. Datuk Hasmi bin Hasnan,
Pengasas Naim Land Sdn. Bhd.

YBhg. Datin Dr. Amla binti Hj. Mohd Salleh,
Karyawan Tamu di Fakuliti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

YBhg. Datuk Baljit Singh Sidhu,
Peguambela & Peguamcara di Shukor Baljit & Partners

YBhg. Datuk Abdul Aziz Ishak,
Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

YBhg. Datuk Yusof bin Md. Haslam Khan,
Pengarah Urusan, Skop Productions Sdn. Bhd.

YBrs. Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom,
Dekan Pengasas & Pakar Psikiatri, Fakulti Perubatan, Cyberjaya University College of Medical Sciences

YBrs. Tuan Nasharudin Mat Isa,
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF)



Ahli-Ahli Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM bagi sesi 15 Ogos 2016 - 14 Ogos 2017 

YBhg. Tan Sri Zaleha binti Zahari (Pengerusi),
Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan

YBhg. Tan Sri Ismail bin Omar,
Mantan Ketua Polis Negara

YBhg. Datuk Azizan bin Abdul Rahman,
Pengerusi Malaysian Rating Corporation Berhad

YBhg. Dato’ Dr. Siti Mariam binti Che Ayub,
Mantan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) Lembaga Hasil Dalam Negeri

YBhg. Dato’ Selva Mookiah,
Peguambela & Peguamcara di Selva Mookiah & Associates

YBhg. Profesor Madya Dato’ Dr. Mohammad Agus bin Yusoff,
Profesor Madya di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

YBrs. Profesor Dr. Yap Bee Wah,
Profesor Madya di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA


SPRM yang diwujudkan pada tahun 2009 mempunyai lima badan bebas iaitu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, PPO, Jawatankuasa Aduan dan PPPR.
SPRM satu-satunya agensi penguatkuasaan di Malaysia mempunyai badan bebas yang bertindak sebagai mekanisme check and balance.


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

15 OGOS 2016

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip