Posts

Showing posts from August, 2017

SPRM UCAP SELAMAT HARI MERDEKA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Image
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mewakili seluruh warga kerja SPRM mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya dan memerdekakan diri daripada cengkaman budaya yang boleh menghancurkan pembangunan insan dan negara. Setiap warga Malaysia perlu memahatkan semangat patriotisme yang tinggi dan tidak goyah dengan ketamakan duniawi serta terjerumus ke dalam kancah jenayah rasuah dan salah guna kuasa. Rasuah dan salah guna kuasa merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat dan negara sehingga boleh menyebabkan kemerdekaan yang telah kita kecapi 60 tahun yang lalu lumpuh dan musnah. Seluruh rakyat Malaysia seharusnya mengecap erti kemerdekaan yang sebenar dan berganding bahu membawa Malaysia ke mercu kejayaan dengan membina bangsa dan negara yang bersih daripada anasir rasuah dan salah guna kuasa. Justeru itu, saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia:

Gatco: SPRM periksa, ambil dokumen lima lokasi

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memeriksa lima lokasi melibatkan tiga di Lembah Klang manakala dua lagi di Seremban, Negeri Sembilan hari ini bagi menjalankan siasatan terhadap isu pertikaian pemilikan tanah di Kampung Serampang Indah (Gatco) di Jempol. Tiga lokasi di Lembah Klang itu melibatkan syarikat Thamarai Holdings Sdn. Bhd., Kesatuan Pekerja Ladang Kebangsaan (NUPW) dan sebuah firma guaman di Plaza Pengkalan di sini. Di SEREMBAN, SPRM memeriksa Unit Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Wisma Negeri serta pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS). Kesemua pegawai SPRM memasuki lokasi berkenaan pada pukul 10.30 hingga 10.45 pagi ini untuk memeriksa dokumen berkaitan sebelum dilihat keluar antara pukul 12.30 tengah hari hingga 5 petang. Sumber memaklumkan, SPRM akan meneliti kesemua dokumen yang diambil dari lima lokasi berkenaan bagi menjalankan siasatan terperinci memandangkan kes ini merup

JANGAN MELAMPAUI BATAS

MUKADIMAH: Sejak kebelakangan ini kritikan dan kecaman semakin lantang dilemparkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Segalanya hanya disebabkan ketegasan agensi itu melaksanakan tanggungjawab memerangi rasuah dan salah guna kuasa tanpa mengira siapa. Tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, semuanya akan disiasat jika terdapat cukup asas dan bukti. Bagaimanapun tindakan SPRM yang berteraskan memenuhi impian rakyat bagi memerangi jenayah tersebut habis-habisan dipandang serong. Ada pihak-pihak tertentu begitu lantang mengkritik SPRM dan menuduh apa yang dilakukan agensi berkenaan bermotif politik. Persoalannya, adakah segala tindakan SPRM itu salah? Apakah SPRM wajar berdiam diri terhadap sesuatu laporan hanya disebabkan ia melibatkan orang politik? Dalam wawancara bersama wartawan  Mingguan Malaysia ,  ZULKIFLEE BAKAR  , Ketua Pesuruhjaya SPRM,  DATUK DZULKIFLI AHMAD  dengan tegas menjawab segala kritikan yang dihalakan kepada agensi tersebut. Sambil m

Jangan ganggu SPRM!

APA sebenarnya yang mereka mahu? Itulah persoalan yang bermain di fikiran penulis apabila ‘serangan demi serangan’ dilancarkan ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak kebelakangan ini. Kalau kita masih ingat sebaik sahaja mengambil alih jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Ogos tahun lalu, Datuk Dzulkifli Ahmad menggerakkan pelbagai operasi bagi membanteras gejala rasuah dan salah guna kuasa. Majoriti rakyat memberi sokongan apabila SPRM melakukan serbuan, penahanan dan pendakwaan ke atas penjawat-penjawat awam yang melakukan jenayah tersebut. Kita juga tidak mendengar apa-apa kritikan atau kecaman ketika agensi itu menahan seorang exco kerajaan negeri Johor. Namun sejak kebelakangan ini, kecaman mula dilemparkan kepada SPRM apabila ada ahli politik yang ditahan. Walaupun tindakan dilakukan tanpa memilih bulu atau parti mana diwakili oleh individu tersebut, namun SPRM terus menjadi sasaran serangan. Apabila menahan pemimpin pembangkang, SPRM dituduh ber

SPRM GESA GUAN ENG MOHON MAAF ATAU TINDAKAN DIAMBIL

Image
Merujuk laporan berita bertajuk “Sg Lembu illegal factory: Guan Eng claims ignorance over DoE's letter to MPSP and Norlela” yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa penahanan Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh oleh SPRM sebagai “penahanan haram” adalah merupakan satu kenyataan yang berunsur fitnah. Selepas meneliti audio dan video pertemuan Guan Eng dengan pihak media pada 24 Ogos 2017 di Komtar, Pulau Pinang, SPRM mendapati Guan Eng dengan jelas telah menggunakan perkataan “penahanan haram oleh SPRM” apabila menjawab soalan wartawan berhubung isu kilang haram di Sungai Lembu tersebut. SPRM memandang serius kenyataan “penahanan haram oleh SPRM” dan beranggapan ia merupakan satu fitnah jahat yang bertujuan untuk memburuk-burukkan nama baik SPRM serta mencemarkan dan menjejaskan reputasi SPRM. SPRM turut percaya bahawa Yang Arif Pesuruhjaya Keha

Skandal RM16 juta

SHAH ALAM 22 Ogos - Bangkai gajah tidak selamanya dapat ditutup de­ngan nyiru dan itulah yang terjadi kepada pentadbiran kerajaan PKR Selangor yang selama ini berlagak bersih, apabila skandal membabitkan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dengan syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) dan Universiti Selangor (Unisel) membawa kepada serbuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Skandal campur tangan MBI yang mana Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah Pengerusinya, dalam penyelesai­an pertikaian kontrak di antara JNSB dan Unisel melibatkan kos RM16 juta dipercayai dilakukan secara salah guna kuasa dan atas alasan itu, SPRM dari Ibu Pejabat Putrajaya melakukan lima serbuan ke atas ketiga-tiga entiti terbabit. Tindakan serbuan itu dilakukan selepas SPRM mengesan MBI telah diminta membuat pembayaran kepada JNSB melalui dua transaksi iaitu sebanyak RM10 juta pada 2015 dan RM6 juta pada 2016, sedangkan syarikat terbabit yang menjalankan kerja-kerja penyeleng

Gari, baju lokap ikut undang-undang - SPRM

GOMBAK: Pemakaian gari dan pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dan akta mengenai peraturan penjara. Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata SPRM tidak pernah memilih bulu dengan hanya menggari pemimpin pembangkang manakala kenamaan kerajaan hanya memakai baju lokap SPRM. "Penguatkuasa SPRM boleh memilih untuk menggari suspek atau sebaliknya, begitu juga pemakaian baju lokap dengan alasan munasabah," katanya kepada media selepas menyaksikan majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di kampus universiti itu, di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas dakwaan seorang peguam hak asasi, N Surendran, kononnya memaksa suspek memakai baju lokap jingga melanggar Perlembagaan Persekutuan dan akta mengenai peraturan penjara. Surendran mengulas dua penahanan berprofil tinggi oleh SPRM membabitkan EXCO Pulau Pinang, Phee Boon Poh, dan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa

ANAK MUDA MAHASISWA PERLU SOKONG SPRM DALAM USAHA MEMERANGI RASUAH

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahukan sokongan yang padu dan tidak berbelah bahagi daripada anak muda mahasiswa  kerana SPRM tidak seharusnya dibiarkan bersendirian tanpa sokongan dalam melaksanakan usaha-usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, untuk anak muda mahasiswa menjadi ejen perubah dan pendukung kepada perjuangan memerangi rasuah dan salah guna kuasa, golongan tersebut perlu mempunyai ilmu dan mampu berfikir secara matang serta efektif dalam gerak kerja mereka. "Apabila SPRM diserang dan diugut, golongan anak muda mahasiswa perlu teguh berdiri bersama-sama kami untuk menggembleng tenaga, mengerah keringat dan berkongsi kudrat bagi menentang suara-suara munafik yang mengkritik SPRM. "Inilah yang kita mahukan dan inilah yang kita dambakan daripada golongan muda mahasiswa bersama-sama SPRM untuk berjihad memerangi rasuah dan salah guna kuasa," katanya. Beliau berkata d

Rasuah: 6 ditahan termasuk kakitangan institusi kewangan

JOHOR BAHRU 10 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam orang awam termasuk seorang kakitangan institusi kewangan berjawatan Pembantu Jualan kerana terlibat dalam kegiatan rasuah berjumlah RM50,000. Menurut SPRM, perbuatan rasuah itu dilakukan kesemua suspek berusia 29 hingga 33 tahun sebagai balasan menguruskan pinjaman peribadi seorang guru. Katanya, seramai empat suspek termasuk seorang wanita yang ditahan sekitar Rompin, Pahang dan Permas Jaya, di sini kelmarin kerana dipercayai terlibat meminta rasuah telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari dari Mahkamah Majistret di sini hingga 15 Ogos ini. Sementara dua lagi wanita termasuk seorang daripadanya merupakan Pembantu Jualan yang ditahan di sebuah rumah di Permas Jaya di sini semalam mendapat perintah tahanan reman daripada mahkamah sama selama lima hari hingga Isnin ini. "Siasatan awal yang diperolehi oleh pasukan siasatan dengan kerjasama pasukan dari unit integriti institusi kew

SPRM gempur MPSP

BUKIT MERTAJAM 10 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi mengambil dokumen ber­kaitan siasatan kes kilang memproses habuk kayu, di sini yang beroperasi secara haram sejak hampir 10 tahun lalu. Sepasukan pegawai SPRM Putrajaya itu dilihat berada di pejabat Jabatan Pelesenan MPSP kira-kira tiga jam selepas mula memasuki premis berkenaan pada pukul 10.30 pagi dengan membawa bersama dokumen berkaitan. Dokumen itu bagi memboleh­kan SPRM menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses kelulusan kilang terbabit. Selain di MPSP, operasi bersepadu yang turut melibatkan Jabatan Imigresen; Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Putrajaya itu turut menyerbu kilang itu di Sungai Lembu, Mengkuang di sini, serta pejabat operasi kilang itu di Bukit Mertajam. Kilang terbabit yang memproses serbuk untuk produk penapis karbon itu

SPRM gempur kilang haram

BUKIT MERTAJAM 10 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menggempur sebuah kilang memproses habuk kayu untuk kegunaan penapis karbon yang dipercayai beroperasi secara haram di Kampung Sungai Lembu dekat Mengkuang di sini. Operasi yang melibatkan Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Hasil Dalam Negeri itu bermula pukul 10.15 pagi dan berakhir dua jam kemudian. Selain menyerbu kawasan kilang yang terletak di dalam ladang kelapa sawit kira-kira 0.5 kilometer dari jalan utama itu, SPRM turut menyerbu pejabat operasi kilang itu di Bukit Mertajam dan beberapa jabatan di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Operasi itu diadakan selepas menerima aduan daripada penduduk kampung yang mendakwa kilang itu yang beroperasi sejak hampir 15 tahun lalu tidak memiliki lesen sah serta seolah-olah dilindungi oleh pihak tertentu. Kilang itu juga menimbulkan gangguan kesihatan kepada penduduk setempat kerana melepaskan asap tebal dan gas karbon akibat pemba

Jumlah wanita terbabit rasuah meningkat

KUALA LUMPUR: Seramai 110 daripada 910 individu yang ditahan sepanjang tempoh Ogos tahun 2016 hingga Julai lalu kerana kesalahan rasuah adalah wanita. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata bagi tempoh sama, daripada 405 pertuduhan yang dibuat di mahkamah, 38 kes membabitkan golongan wanita. "Berbanding tempoh Ogos 2015 hingga Ogos tahun lalu, jumlah wanita yang ditahan kerana rasuah adalah seramai 79 orang daripada 855 individu yang ditahan. Dalam tempoh sama juga, jumlah pertuduhan pula adalah sebanyak 272 kes dan 24 daripadanya membabitkan pesalah wanita. "Jika dibandingkan bagi dua tempoh masa terbabit, jumlah wanita yang ditahan dan dituduh kerana rasuah meningkat secara drastik," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Forum Bicara BH bertajuk Rasuah - Cabaran Bagi Wanita yang dikendalikan Pengarang Bersekutu Ehwal Semasa BH, Kadir Dikoh sebagai moderator di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata, peningkatan keta

'Tanya kalau suami beri hadiah mahal'

KUALA LUMPUR: Golongan isteri boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengubahan Wang Haram sekiranya menyembunyikan penyelewengan dilakukan suami mereka. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata isteri boleh dianggap bersubahat melakukan jenayah terbabit. "Dalam Akta Pengubahan Wang Haram, seseorang boleh disabitkan kesalahan sekiranya tidak mengambil tindakan untuk memastikan sumber harta yang diperoleh. "Justeru, isteri bila dapat hadiah mahal daripada suami, kena tanya dari mana dapat duit beli barang itu. "Ada satu kes penjawat awam yang gred perkhidmatan hanya 52 tetapi ada duit berjuta-juta. Kita menemui wang tunai berjuta-juta dalam rumahnya. "Bagaimana seorang isteri yang tinggal sebumbung tidak tahu mengenai wang terbabit?" katanya. Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Forum Bicara BH bertajuk 'Rasuah - Cabaran Bagi Wanita' yang dikendalikan Pengarang Bersekutu Ehwal Semasa BH, Kadir Dikoh, sebagai moderator di

NGO perlu lebih proaktif - SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan pembabitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menentang gejala rasuah. Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata SPRM sendiri menubuhkan Kaukus Antirasuah dan Perlindungan Alam Sekitar (EPACC) baru-baru ini bagi menyatakan sokongan kepada NGO untuk menentang salah guna kuasa dan rasuah. "Menerusi EPACC, kami mengumpulkan pakar dan NGO iaitu dalam hal ini membabitkan isu alam sekitar supaya mereka mempunyai saluran untuk menyalurkan aduan mahupun cadangan untuk membendung gejala rasuah. "Saya sendiri mempengerusikan kaukus terbabit kerana mahu NGO dan golongan pakar sentiasa bersama dengan SPRM dan setiap cadangan yang diketengahkan akan diambil berat oleh agensi berkaitan. Paling penting, kita mendapat maklumat daripada NGO," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Forum Bicara BH bertajuk Rasuah - Cabaran Bagi Wanita yang dikendalikan Pengarang Bersekutu Ehwal

Kikis persepsi SPRM gagal

KUALA LUMPUR: Persepsi orang ramai bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal sekiranya kalah kes rasuah di mahkamah, perlu dikikis. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata fungsi SPRM hanya menjalankan siasatan dan mengumpulkan bukti sekiranya terdapat sesuatu kes rasuah atau salah guna kuasa. "SPRM sering dikritik sekiranya terdapat kes yang gagal dibawa ke mahkamah atau orang yang didakwa disabit tidak bersalah. Saya ingin menegaskan tugas SPRM hanya menyiasat dan mengumpul bukti. "Selepas pegawai penyiasat mengumpulkan bukti, kertas siasatan akan diserahkan kepada pejabat pendakwa raya. Menjadi tugas mereka pula untuk membawa kes terbabit ke mahkamah," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Forum Bicara BH bertajuk Rasuah - Cabaran Bagi Wanita yang dikendalikan Pengarang Bersekutu Ehwal Semasa BH, Kadir Dikoh sebagai moderator di sini, hari ini. Dzulkifli berkata, ada juga apabila kes kalah di mahkamah, yang dik

'SPRM masuk sebab stok bauksit tak pernah habis'

KUALA LUMPUR: Pengeluaran stok bauksit yang tiada penghujung menjadi punca Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan sehingga menahan 10 individu. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata tempoh moratorium yang bermula Januari tahun lalu sepatutnya membawa kepada pengakhiran pengeluaran stok mineral terbabit. Bagaimanapun, katanya, SPRM mengambil tindakan untuk menjalankan siasatan selepas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar mendedahkan wujud penyelewengan dan salah guna kuasa dalam aktiviti pengeluaran mineral terbabit. "Memang ada moratorium tetapi tempoh itu diberikan untuk menghabiskan stok. "Bagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku apabila pengeluaran bauksit semakin bertambah dan berlonggok di pusat pengumpulan. "Pelaksanaan moratorium sampai bila-bila pun tidak berguna jika pengeluaran stok bauksit tiada penghujung. "Oleh itu, berdasarkan maklumat daripada NGO terbabit, kita meng

Banteras papar kisah benar SPRM

SELEPAS mencipta kejayaan menerusi filem kepolisan Polis Evo, pengarah Ghaz Abu Bakar sekali lagi bakal menampilkan sebuah karya berkisarkan pasukan penguatkuasaan undang-undang. Namun, menerusi karya berbentuk drama bersiri sebanyak 13 episod berjudul Banteras itu, Ghaz memberi fokus kepada jenayah rasuah yang diterajui Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) berhubung rasuah yang berleluasa sejak kebelakangan ini. Drama cetusan idea SPRM dengan kerjasama Fantasy Films itu merupakan salah satu cara badan tersebut menyampaikan mesej kepada orang ramai tentang bahaya jenayah rasuah. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak yang turut hadir pada majlis pelancaran dan sidang akhbar drama berkenaan di Cyberjaya baru-baru ini berkata, pihaknya yakin penyaluran maklumat menerusi medium drama seperti dalam Banteras mampu mendidik rakyat supaya tidak menjadikan rasuah sebagai satu budaya. “Rakyat perlu menghargai usaha kerajaan dalam membanteras rasuah. Rakyat ce

Syabas, moga SPRM terus efektif

JANJI Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad adalah beliau akan memastikan sekurang-kurangnya satu kes akan disiasat atau didakwa setiap minggu dalam usaha untuk membebaskan negara ini daripada gejala rasuah dan penyelewengan kuasa. Ini antara kenyataan beliau yang masih segar dalam minda kebanyakan daripada kita. Sehingga ramai menanti siapa yang bakal ditahan, disiasat atau didakwa seterusnya - pada hari esok, minggu depan atau bulan depan. Perkembangan itu telah mewujudkan suatu perasaan gerun dalam kalangan rakyat khususnya mereka yang terlibat dalam jenayah rasuah. Mereka mula bertanya diri mereka - apakah giliran mereka dicekup SPRM selepas ini? Menurut Dzulkifli, SPRM ada senarai kes penyelewe­ngan kuasa dan rasuah yang akan disiasat atau dituduh di mahkamah setiap minggu. Beliau berkata, mereka ber­kenaan hanya menunggu masa untuk diambil tindakan. Terbukti beliau serius dengan apa yang dikatakan dan dijanjikan. Malah menu

Bauksit: SPRM tahan 10 individu

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 10 individu termasuk seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas disyaki menerima rasuah bagi melindungi kegiatan perlombongan bauksit secara haram di sekitar Pahang. Pegawai kanan kastam berusia 56 tahun yang ditahan itu berpangkat Penolong Pengarah JKDM negeri manakala sembilan lagi merupakan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang. Kesemua kakitangan PTG yang berusia antara 29 hingga 59 tahun itu terdiri daripada tiga penolong pegawai tanah, empat pembantu awam dan dua pemandu jabatan tersebut. Menurut sumber, pegawai kastam tersebut ditahan kira-kira pukul 12.15 tengah malam manakala sembilan kakitangan PTG ditahan pada pukul 3.30 petang ini. “Kesemua mereka ditahan di pejabat SPRM negeri di Kuantan selepas hadir untuk memberi ke­terangan. “Pihak SPRM telah mendapat perintah reman selama tujuh hari terhadap pegawai kastam terbabit dari Mahkamah Majistret Kuantan pa

SPRM KESAN 12 LELAKI BANTU SIASATAN

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan 12 individu bagi membantu siasatan satu kes rasuah mengikut Akta SPRM 2009. Kesemua mereka dikehendaki bagi membantu kes siasatan SPRM yang melibatkan penahanan 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia di Melaka pada Mei lalu. Butiran kesemua lelaki tersebut adalah seperti berikut: 1. Nama        : Tee Kian Yee No. Kad Pengenalan : 881124-10-5481 Alamat terakhir           : No.2, Lorong Jelai 5, Off Jalan Kim Chuan, Pandamaran 42000, Pelabuhan Klang, Selangor. 2. Nama        : Ng Kok Yuan No. Kad Pengenalan : 890722-23-5379   Alamat terakhir           : No.27, Jalan Batu Nilam 28J, Bandar Bukit Tinggi 2, 41200 Klang, Selangor. 3. Nama       : Lim Chin Wah No. Kad Pengenalan : 841206-04-5383   Alamat terakhir           : 217-H, Jalan Kesidang Kg Lapan, 75200 Melaka. 4. Nama        : Ng Kim Boon No. Kad Pengenalan : 661222-04-5385 Alamat terakhi