Kikis persepsi SPRM gagal

KUALA LUMPUR: Persepsi orang ramai bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal sekiranya kalah kes rasuah di mahkamah, perlu dikikis.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata fungsi SPRM hanya menjalankan siasatan dan mengumpulkan bukti sekiranya terdapat sesuatu kes rasuah atau salah guna kuasa.

"SPRM sering dikritik sekiranya terdapat kes yang gagal dibawa ke mahkamah atau orang yang didakwa disabit tidak bersalah. Saya ingin menegaskan tugas SPRM hanya menyiasat dan mengumpul bukti.

"Selepas pegawai penyiasat mengumpulkan bukti, kertas siasatan akan diserahkan kepada pejabat pendakwa raya. Menjadi tugas mereka pula untuk membawa kes terbabit ke mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Forum Bicara BH bertajuk Rasuah - Cabaran Bagi Wanita yang dikendalikan Pengarang Bersekutu Ehwal Semasa BH, Kadir Dikoh sebagai moderator di sini, hari ini.

Dzulkifli berkata, ada juga apabila kes kalah di mahkamah, yang dikritik adalah SPRM walaupun itu adalah keputusan mahkamah.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya membuang persepsi menyalahkan SPRM dan harus faham fungsi sebenar SPRM.

http://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/08/309761/kikis-persepsi-sprm-gagal

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip