Jumlah wanita terbabit rasuah meningkat
KUALA LUMPUR: Seramai 110 daripada 910 individu yang ditahan sepanjang tempoh Ogos tahun 2016 hingga Julai lalu kerana kesalahan rasuah adalah wanita.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata bagi tempoh sama, daripada 405 pertuduhan yang dibuat di mahkamah, 38 kes membabitkan golongan wanita.
"Berbanding tempoh Ogos 2015 hingga Ogos tahun lalu, jumlah wanita yang ditahan kerana rasuah adalah seramai 79 orang daripada 855 individu yang ditahan. Dalam tempoh sama juga, jumlah pertuduhan pula adalah sebanyak 272 kes dan 24 daripadanya membabitkan pesalah wanita.
"Jika dibandingkan bagi dua tempoh masa terbabit, jumlah wanita yang ditahan dan dituduh kerana rasuah meningkat secara drastik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Forum Bicara BH bertajuk Rasuah - Cabaran Bagi Wanita yang dikendalikan Pengarang Bersekutu Ehwal Semasa BH, Kadir Dikoh sebagai moderator di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata, peningkatan ketara dari sudut tangkapan dan pertuduhan membabitkan wanita itu amat membimbangkan.
Justeru, beliau berkata, golongan itu perlu memainkan peranan menentang amalan rasuah dan menerapkan nilai integriti dalam melakukan pekerjaan.
"Secara umumnya jumlah kes membabitkan wanita dibandingkan dengan lelaki amat jauh perbezaannya. Walaupun golongan wanita yang terbabit kes rasuah adalah jauh lebih rendah daripada lelaki, tetapi ia tetap membimbangkan," katanya.
http://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/08/309747/jumlah-wanita-terbabit-rasuah-meningkat

Comments
Post a Comment