109 Pegawai Baru SPRM Tamat Latihan, Termasuk 15 Pegawai Lepasan Jurusan Perakaunan Menerusi Pengambilan Khas
SERAMAI 15 kadet yang mengikuti program khas iaitu Program MACC-CAT (Chartered Accountant Trainning) telah menamatkan Latihan Kursus Asas Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama setahun, hari ini. Mereka sebahagian daripada seramai 109 pegawai kadet yang diraikan pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 16 Bil. 2/2014 (Penolong Penguasa Gred P29) dan Siri 17 Bil. 3/2014 (Penguasa Gred P41). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, MACC-CAT adalah program khas pelantikan pegawai baru dari kalangan penuntut jurusan perakaunan yang mendapat CGPA cemerlang untuk mengikut Latihan Kursus Asas. Seramai 12 dari 15 pegawai terbabit adalah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan masing-masing seorang dari Universiti Tenaga Nasional, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. Pengambilan khas ini juga selari dengan Program Transformasi SPRM yang sedang dilaks...