SPRM dahului negara lain

Idea penubuhan Sekretariat Pencegahan Rasuah bagi penuntut di luar negara yang dicetuskan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed baru-baru ini dilihat sebagai satu  ‘gerakan’ mendahului negara-negara lain dalam  usaha memerangi jenayah rasuah merentasi sempadan.


Mungkin sebelum ini kita terlepas pandang bahawa bakal-bakal profesional yang sedang menuntut ilmu jauh beribu batu ini perlu dipersiapkan sepenuhnya dengan ilmu yang mungkin tidak diajar di universiti iaitu ilmu integriti bagi mengatakan tidak pada rasuah.


SPRM menyedari mahasiswa merupakan bakal peneraju masa depan negara. Jatuh bangun sesuatu negara adalah bergantung kepada generasi muda. Isu rasuah tidak boleh dipandang ringan dan perlu dicegah seawal boleh sebelum menular.


Oleh sebab itulah, idea penubuhan sekretariat ini perlu diambil perhatian khusus oleh semua pihak khususnya Kementerian Pengajian Tinggi.


Di samping itu, generasi muda perlu menyedari bahawa masa depan negara ini terletak di bahu merekan serta perlu bersedia untuk berhadapan dengan realiti dunia yang sememangnya mudah terjebak dengan rasuah.


Ruang dan peluang untuk rasuah terbentang luas tetapi yang untuk membataskan mereka dari terjebak dengan rasuah adalah nilai dan pengetahuan yang mereka ada bahawa rasuah itu adalah sesuatu yang menjijikkan.


Menerusi sekretariat ini, maklumat dan pendedahan mengenai rasuah dan peranan SPRM dapat membantu generasi muda mengenali sepenuhnya mengenai rasuah.


Perkongsian pengalaman pelaku perasuah juga dapat dijadikan satu perkongsian yang dapat memberikan pengajaran kepada generasi baru ini.


Generasi muda perlu memahami peranan dan impak mereka terhadap memerangi rasuah adalah sangat besar. Jenayah kolar putih yang melibatkan penjawat awam  berpendidikan tinggi juga mempunyai potensi terlibat  rasuah.



Oleh itu, di sinilah peranan sekretariat memberi informasi dan pendidikan kepada generasi muda dimana memerangi rasuah memerlukan sokongan daripada semua pihak. Memerangi rasuah bukanlah kerja perseorangan tetapi memerlukan kumpulan yang kuat.


Faktanya, Sekretariat Pencegahan Rasuah ini boleh bertindak sebagai pusat informasi dan menganjurkan aktiviti pencegahan rasuah membabitkan penuntut Malaysia di luar negara.


Pusat informasi ini sekaligus dapat  mendedahkan pelajar kepada program-program pencegahan rasuah dan menjadi penyampai mesej anti rasuah kepada masyarakat kampus dan luar kampus.


Perkara ini dilihat sebagai tindakan yang proaktif dalam mendidik dan mendedahkan pelajar luar negara dalam melaksanakan program-program kemasyarakatan yang menekankan kepada penghayatan nilai-nilai murni.


Selain itu, sudah tentu sekretariat ini dapat meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap nilai integriti, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di kalangan pelajar IPT.


Pusat informasi ini juga satu kelebihan kepada penuntut luar negara bagi membuat rujukan mengenai kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan serta peranan SPRM dalam menangani jenayah ini.


Maka, sudah sampai masanya saranan SPRM ini disambut  oleh pelajar-pelajar Malaysia diluar negara bagi menubuhkan Sekretariat Pencegahan Rasuah bagi membantu meningkatkan kesedaran generasi muda untuk menjauhi gejala rasuah.


Syor ini juga jelas menunjukan komitmen SPRM bagi memerangi rasuah serta mewujudkan persekitaran bebas rasuah.


Walaupun tugas  utama SPRM  sebagai  agensi penguatkuasa membawa pelaku perasuah ke muka pengadilan tetapi inisiatif pencegahan ini  juga tidak boleh di ketepikan dan ia perlu bermula dari  dalam diri individu sendiri.


Pencegahan rasuah perlu diterap di kalangan generasi muda serta bersama-sama mendokong perjuangan membanteras rasuah bagi mewarisi bumi Malaysia yang bersih daripada rasuah untuk anak cucu kita pada masa depan.


Perlu diingatkan, usaha yang berterusan ini bukan hanya perlu dipikul oleh SPRM tetapi perlu ditanggung bersama oleh  pemimpin dan rakyat.


  Percayalah dengan merealisasikan saranan SPRM ini, kita akan menghasilkan generasi yang berintegiriti tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip