SPRM Pulau Pinang Anjur Larian Anti-Rasuah pada 6 Disember sempena Hari Anti-Rasuah Sedunia
GEORGE TOWN, 5 Nov - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau
Pinang dengan kerjasama kerajaan negeri akan menganjurkan Larian
Anti-Rasuah Pulau Pinang pada 6 Disember ini sempena Hari Anti-Rasuah
Sedunia.
Pengarah SPRM negeri Datuk M. Samarajoo berkata, objektif larian itu adalah untuk mempromosi dan mengukuhkan langkah-langkah mencegah dan memerangi rasuah.
"Larian percuma ini akan bermula dan berakhir di Padang Kota Lama dengan 100 pelari yang berjaya menamatkan larian akan mendapat sijil penghargaan dan pingat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dipetik Bernama, beliau berkata, pendaftaran bermula sejak Isnin lepas untuk tempoh sebulan, dan terbuka kepada semua yang berumur 16 tahun ke atas.
SPRM menyasarkan 1,000 penyertaan untuk larian yang julung kali dianjurkan itu, dan borang penyertaan boleh didapati di pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah dengan 1,000 pendaftar awal akan mendapat kemeja-T percuma.
Sementara itu kata beliau, SPRM Pulau Pinang telah membuka 68 kertas siasatan dan melakukan 29 tangkapan berkaitan rasuah dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
Samarajoo berkata, 20 daripada 29 yang ditahan itu adalah penjawat awam termasuk kumpulan pengurusan dan profesional, manakala sembilan lagi daripada sektor swasta.
"Daripada jumlah itu, 17 anggota polis berpangkat ASP dan Inspektor, serta masing-masing seorang dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia," katanya
Beliau berkata SPRM negeri juga akan membuat pendakwaan terhadap empat lagi penjawat awam yang didapati salahguna kuasa.
"Siasatan sudah selesai dan kami sedang menunggu arahan sebelum melakukan pendakwaan ke atas keempat-empat mereka," katanya tanpa menjelaskan lebih lanjut.

Comments
Post a Comment