‘Kami juga mahu tangkap jerung’
KEKANGAN maklumat dan keengganan saksi, antara yang perlu ditempuh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun, SPRM Kelantan sebagai badan bertanggungjawab memastikan integriti terpelihara tetap melaksanakan tugas dengan keupayaan yang ada. Hasilnya, sepanjang tahun ini, 35 tangkapan dilakukan dan ia kejayaan buat agensi tersebut. Bagi mendapat penjelasan lanjut peranan dan isu disiasat agensi ini, Ketua Biro Sinar Harian Kelantan, MOHD ZAILANI AB RAHMAN dan SITI FATIHAH AWANG mengadakan pertemuan bersama Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Abdul Aziz Aban di pejabatnya baru baru ini. Bagaimana status isu pembalakan luar kawasan melibatkan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai di Hutan Ulu Sat Machang? Kita ada buka dua siasatan untuk kes tersebut dan 13 tangkapan telah dibuat. Kedua-duanya kita telah serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan selanjutnya. Bagaimana status penyiasatan Kompleks Perka...