Peranan Dan Keberkesanan Khidmat Pemeriksaan Dan Perundingan- Part 1

Umum mengetahui SPRM merupakan badan mencegah rasuah di Malaysia dan menjalankan berbagai tugas dalam memastikan rasuah dapat dibendung di Malaysia. SPRM mempunyai banyak bahagian dalam memastikan perkara ini berlaku termasuklah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan. Berdasarkan temubual bersama TKP (Pencegahan) SPRM, Dato’ Seri Mustafar Ali, mari kita fahami apa itu Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan.

Secara ringkasnya, Pemeriksaan dan Perundingan yang diadakan oleh SPRM yang melihat semula secara proaktifnya tentang sistem dan prosedur kerja dalam sesuatu tindakan atau jabatan atau bidang kerja yang dilaksanakan. Namun, tindakan ini bukan SPRM sahaja. Mereka bekerjasama bersama Kementerian, jabatan, pihak yang mereka berhubungan dalam soal perbaiki sistem mereka. Pemeriksaan dan perundingan juga melihat kepada ruang untuk ditambahbaik dan ianya sangat penting.

Apa itu kertas pemeriksaan dan perundingan? Kertas Pemeriksaan dan Perundingan ini adalah satu dokumen melalui fail apabila berjumpa dengan pihak tertentu, kita dokumenkan isu dan apa masalah yang berlaku. Bila kita dokumenkan, ia melibatkan jabatan lain dan nampak secara kolektif. Isu yang berlaku daripada satu jabatan ke jabatan yang lain serta pandangan orang dalam isu rasuah. Kita dokumenkan dalam discussion dan itulah kertas pemeriksaan yang kita sediakan dan dalam dokumen itu ada pihak2 yang kita buat engagement.

Setakat 2015, jumlah kertas pemeriksaan dan perundingan ada sebanyak 130 isu kertas pemeriksaan dan perundingan yang disediakan dan dibincang dengan jabatan, kementerian, mana-mana pihak. Dari segi statistic pula, 2014 ada 136 kertas pemeriksaan, 2013 ada 209 kertas dan 2013 ada 86 kertas.

Pada tahun 2015 ini pula, isu yang menjadi tumpuan ialah isu melibatkan orang tengah masih hangat diperdebatkan, malah beberapa kali lab diadakan untuk ketetapan mengenai isu orang tengah dalam perkhidmatan, penguatkuasaan dan perolehan khususnya perolehan kerajaan.

Antara isu lain pernah dibangkitkan juga dalam aspek human trafficking atau mereka yang datang ke Malaysia termasuk foreign worker, pendatang asing tanpa izin, mereka yang datang ke Malaysia untuk bekerja tapi lanjut tempoh.

Bila melakukan satu tugas murni, pastinya ada cabaran yang berlaku. Cabarannya adalah untuk memastikan engagement dengan pihak lain dapat dilakukan dan kepakaran pegawai SPRM dipertingkatkan. Dalam masa yang sama, pematuhan oleh organisasi yang perlu dibuat engagement bersama untuk mencegahnya.

To be continue...


Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip