SPRM lancar portal pelbagai bahasa dan radio online
Awal bulan ini, SPRM telah melancarkan dua
medium dalam talian sebagai usaha mendidik masyarakat mengenai rasuah dan
meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap SPRM iaitu Portal Multilanguage dan
MACC.FM.
Portal rasmi SPRM itu juga lebih mesra
pengguna dan boleh diakses dalam tiga bahasa, iaitu Melayu, Inggeris dan
Mandarin. Pendekatan yang diambil oleh SPRM adalah sangat bagus kerana semua
bangsa boleh mendekati SPRM dengan apa yang dipaparkan di portal mereka.
Selain itu, portal tersebut juga memperlihatkan
sistem pencarian yang mudah. Transformasi portal pelbagai bahasa juga mempunyai
tiga fungsi teras iaitu Operasi, Pencegahan dan Pendidikan sebagai fokus dalam
paparan. Bukan itu saja,ia turut menyediakan format laporan statistik yang
lebih interaktif dengan menambah baik carian pantas arkib Maklumat Data Pesalah
Rasuah secara automatik.
Bukan itu sahaja, SPRM juga telah menambah
baik fungsi mereka dengan memperkenalkan radio atas talian iaitu MACC.FM. Radio streaming ini dikendalikan sepenuhnya
kakitangan SPRM bersama Unit Radio, Cawangan Elektronik di bawah Seksyen
Penerbitan PenMas diyakini dapat memperkasakan lagi usaha penyebaran mesej
antirasuah kepada masyarakat.
Radio yang boleh diakses atas talian ini juga
boleh mendekatkan agensi ini dengan masyarakat seperti penjawat awam yang
sedang menjalankan tugas di pejabat mereka. Ini merupakan satu idea baru di mana
penjawat awam boleh berhibur sambil bekerja namun tidaklah terlalu keterlaluan.
Dengan radio juga, mesej mengenai rasuah
boleh disampaikan kepada pendengar
memandangkan ianya saluran yang dekat dengan pendengar. Malah, ia turut
terbukti di mana kajian menunjukkan 70% pendengar memahami mesej rasuah yang
disampaikan.
Radio yang menggunakan tagline My
Anti-Corruption Channel, MACC.FM boleh diikuti di
www.macc.fm dan pautan
www.sprm.gov.my, selain boleh dimuat turun menerusi aplikasi di Google
Playstore dan Appstore. Selamat mendengar!
Comments
Post a Comment