Peranan Dan Keberkesanan Khidmat Pemeriksaan Dan Perundingan- Part 2
Apabila
pelaksanaan sesuatu dijalankan, sudah pasti akan ada respon dari pihak
tertentu. Bagaimanakah penerimaan pelaksanaan terhadap pemeriksaan dan
perundingan? Menurut DS Mustafar Ali, 100% terima cadangan kerana semasa
pemeriksaan dan perundingan yang dibuat, engagement dilakukan dan mereka tahu
ini perlu dilakukan. Penambaikan perlu dilakukan demi meningkatkan mutu dan
kualiti sesuatu syarikat itu.
SPRM juga
melakukan pemantauan terhadap syarikat yang terlibat dalam pemeriksaan dan
perundingan yang dilakukan oleh SPRM ini. Time frame yang disebutkan adalah
dalam masa yang ditentukan. Tempoh tersebut dalam masa tiga, enam, sembilan
bulan dan setahun. Contohnya, dalam tempoh tiga bulan perlu ada tindakan yang
diambil sekurang-kurangnya sebagai tindakan permulaan. Selepas enam bulan jika
tiada tindakan dilakukan juga, pemantauan bersama jabatan tersebut akan memantau pelaksanaannya.
Namun, jika jabatan tersebut tidak patuh juga, SPRM boleh lakukan tindakan
penguatkuasaan tertentu. Contohnya, tindakan disiplin atau penguatkuasaan.
Kalau terlibat percanggahan dalam undang-undang atau melibatkan dalam aspek
jenayah pula, SPRM akan kemukakan pada Jabatan Peguam Negara.
Antara akta yang
diperuntukkan adalah akta Sesyen 7C, D dan E Akta SPRM 2009. Sesyen 7C adalah untuk meneliti amalan sistem, tatacara badan
awam, jabatan kerajaan, kementerian dan GLC.
7D pula boleh mengarahkan, menasihati, membantu mana-mana
orang, NGO atau swasta yang meminta
bantuan SPRM terangkan apa salah dalam sistem mereka yang dapat membuka ruang
dan peluang rasuah. Selepas bincang dengan mereka, SPRM akan berikan perakuan
tertentu cara untuk menutup ruang dan peluang.
Manakala 7E pula untuk menasihati ketua badan
awam tentang apa-apa perubahan dalam sistem. Paling penting sekali Sesyen 7C,D,
dan E ini merupakan ketetapan dalam undang-undang yang telah pun ditetapkan.
Comments
Post a Comment