Rasuah Pemusnah Dunia Dan Akhirat
Pada ucaptama Majlis Anugerah Bisnes Utusan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur minggu lepas, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah supaya salah laku rasuah di negara ini dilaporkan tanpa gentar dan pilih kasih. Kegagalan memerangi dan membanteras rasuah secara serius serta komited, berpotensi melumpuhkan negara dan rakyat secara keseluruhannya. “Rasuah merupakan barah yang dikatakan sedang merebak dalam negara, rasuah bagaikan anai-anai yang sedang membusut besar dan semakin mereputkan tonggak-tonggak utama negara. Salah laku rasuah hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar, tanpa berat sebelah kerana rasuah ialah rasuah walau siapa yang melakukannya,” titah baginda. Baginda bertitah agar rakyat Malaysia diasuh dengan budaya membenci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukannya, serta dididik untuk memandang rasuah sebagai budaya yang jijik dan negatif. Baginda bertitah sedemikian memandangkan Indeks Persepsi Rasuah 2015 oleh Transparency International