Pegawai bank antara 3 ditahan kes rasuah RM2j

KOTA KINABALU: Tiga individu termasuk dua pegawai bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah bernilai lebih RM2 juta berkaitan kelulusan permohonan pinjaman beberapa syarikat tiga tahun lalu.

Seorang pegawai bank berusia 37 tahun dan penduduk awam berumur 44 tahun ditahan di pejabat SPRM Sabah malam kelmarin dan kedua-duanya direman tujuh hari bermula semalam.

Suspek ketiga yang juga pegawai bank berumur 49 tahun ditahan semalam dan dijangka dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman, hari ini.

Berdasarkan fakta kes, pegawai bank terbabit disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat melalui orang tengah bagi meluluskan permohonan pinjaman untuk perniagaan pada tahun 2013.

Selain menerima rasuah membabitkan wang berjumlah lebih RM2 juta, pegawai berkenaan didakwa turut menerima dua kenderaan mewah.

SPRM turut menyita kenderaan mewah terbabit bersama wang tunai pelbagai mata wang asing berjumlah lebih RM200,000.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, mengesahkan penahanan individu terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/132387

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip