Enam pegawai SPRM bertukar
PETALING JAYA: Seramai enam pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukar ke negeri dan bahagian berkuat kuasa 15 Mac ini.
Mereka yang bertukar adalah Pengarah SPRM Selangor, Datuk Simi Abd Ghani yang dilantik sebagai Pengarah SPRM Johor manakala tempat beliau digantikan Datuk Norazlan Razali yang sebelum ini merupakan Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA), lapor sebuah laman portal.
Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Datuk Mohd Samsudin Yusof pula dilantik menjadi Pengarah SPRM Kelantan menggantikan Datuk Abd Aziz Aban yang akan mengambil alih jawatan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam, Junipah Wandi dilantik sebagai Pengarah BPIA baharu manakala Datuk Azmi Alias yang merupakan Timbalan Pengarah SPRM Johor pula dilantik sebagai Pengarah SPRM Melaka.

Comments
Post a Comment