SPRM Kuala Lumpur perlu dicontohi
KUALA LUMPUR 15 Mac – Tindakan proaktif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur membongkar gejala penyelewengan dan rasuah harus dicontohi agensi-agensi lain.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar berkata, langkah tersebut harus diteruskan bagi memastikan kadar rasuah serta penyelewengan dalam negara dapat dikurangkan, seterusnya dihapuskan.
“Tindakan proaktif ini penting dalam memantapkan pengurusan perolehan dan kewangan serta meningkatkan aspek integriti negara.
“Selain itu, dapat memastikan ketelusan dan kejujuran dalam setiap proses kerja, peraturan serta tatacara, proses perancangan, penyeliaan perolehan, tender serta kontrak yang dikeluarkan kerajaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini semalam.
Akhbar melaporkan SPRM Kuala Lumpur sedang menyiasat lima kes penyelewengan dalam pengurusan perolehan kerajaan melibatkan kerugian lebih RM20 juta yang dilaporkan dalam tempoh 80.
Kesemua kes tersebut melibatkan tuntutan palsu, rasuah serta salah guna kuasa yang dipercayai membabitkan pegawai tinggi kerajaan, swasta dan pertubuhan.
Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pihaknya telah melancarkan Op Tiris bermula 1 Mac lalu bagi memastikan sumber pendapatan kerajaan tidak terus diseleweng dan mereka yang terlibat dalam lima kes tersebut dapat dihadapkan ke muka pengadilan.
Mengulas lanjut, Akhbar berkata, pesalah harus dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman maksimum supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat.
“Jumlah kerugian yang ditanggung oleh kerajaan amat besar dan melibatkan wang rakyat.
“Pesalah terlibat perlu dijatuhi hukuman maksimum supaya dapat memberi pengajaran kepada mereka di luar sana,” katanya.
Dalam pada itu, penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata, andaian bahawa SPRM sebenarnya tidak peka adalah tidak tepat kerana mereka sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan yang relevan di belakang tabir.
“SPRM bukan hanya telah membuktikan dedikasi mereka menghalang sabotaj sedemikian tetapi juga mengetahui secara mendalam modus operandi yang sebelum ini menjadi rahsia mereka. “Usaha yang dibuat oleh SPRM ini merupakan satu pesanan kepada lain-lain pihak yang berkira-kira mahu melakukan penyelewengan atau pembelotan kepada Kerajaan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/sprm-kuala-lumpur-perlu-dicontohi-1.200916#sthash.URPc5Ka6.dpuf

Comments
Post a Comment