Sahut seruan perangi rasuah

Perkataan rasuah kini seakan-akan cukup sinonim dengan masyarakat di zaman ini. Boleh dikatakan setiap benda yang berlaku akan dikaitkan dengan rasuah kerana masyarakat cukup sensitif dengan perkataan tersebut. Kita juga tahu rasuah itu perlu dibanteras demi kebaikan agama, bangsa dan negara.

Perkara ini juga turut ditekankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam titahnya semalam semasa menyampaikan ucapan titah bagi merasmikan pembukaan Parlimen ke-13.

Baginda dalam titahnya mahu integriti dan urus tadbir dalam menjayakan semua perancangan dan dasar negara dipertingkat. Titahnya, jika perkara ini dalam ditangani secara efektif, maka ia dapat mengelakkan persepsi negatif berkaitan rasuah, penyelewengan dan juga salah guna kuasa.

Betul apa yang dititahkan baginda. Nilai integriti harus diserapkan dalam diri semua orang dan organisasi. Perkara ini merupakan asas dalam kehidupan di mana jika semua orang ada nilai ini, maka semua perkara akan berjalan lancar tanpa berlakunya aktiviti-aktiviti 'kotor'.

Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah juga bertitah sebelum ini bahawa memerangi rasuah hendaklah dijadikan satu perjuangan iaitu satu jihad oleh setiap warganegara Malaysia.

Titahnya lagi, rasuah wajib ditangani dengan segala kesungguhan melalui langkah-langkah tegas oleh pelbagai agensi yang bertanggungjawab, tanpa gentar dan pilih kasih.

Kita sebagai rakyat Malaysia juga harus menyahut seruan yang dititahkan oleh baginda kerana ia sudah menjadi tanggungjawab fardu kifayah dan kenegaraan untuk setiap warga berperanan aktif memelihara negara daripada terjerumus ke lembah kehinaan akibat rasuah.

Kuala Lumpur: Memerangi rasuah hendaklah dijadikan satu perjuangan – satu jihad oleh setiap warganegara Malaysia.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, menjadi tanggungjawab fardu kifayah dan kenegaraan untuk setiap warga berperanan aktif memelihara negara daripada terjerumus ke lembah kehinaan akibat rasuah.
Baginda bertitah, rasuah wajib ditangani dengan segala kesungguhan melalui langkah-langkah tegas oleh pelbagai agensi yang bertanggungjawab, tanpa gentar dan pilih kasih.
"Kebenaran berpaksikan undang-undang wajib ditegakkan, tanggungjawab kepada Allah SWT dan tanggungjawab kepada negara hendaklah berada di atas tanggungjawab terhadap mana-mana kumpulan atau individu," titah baginda pada majlis Anugerah Perniagaan Utusan 2015.
Anugerah ini berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tun Rahah Mohd Noah.
Sultan Nazri bertitah, rasuah adalah barah yang sedang merebak dalam batang tubuh negara dan ibarat anai-anai semakin mereputkan tonggak-tonggak utama negara.
"Kegagalan memerangi rasuah secara serius, bersungguh, berkesan dan komited dibimbangkan berpotensi melumpuhkan negara dan rakyat keseluruhannya terpaksa membayar dengan penderitaan dan kesengsaraan seperti yang dialami oleh rakyat di kebanyakan negara," titahnya.
Pada majlis sama Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dianugerahkan Anugerah Tokoh Negarawan Ulung yang diterima oleh Tun Rahah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119324#sthash.14XG3z4H.dpuf
Besar natijahnya jika kita benarkan perkara ini berlaku kerana kita yang akan merasakan sengsara akibat kerakusan manusia-manusia tamak seperti ini. Kegagalan menangani bahana rasuah juga akan memberi impak yang besar kepada kita di mana ia boleh menjatuhkan negara dan tidak mustahil, kita yang harus membayar dengan penderitaan.

Perangilah rasuah kerana rasuah adalah barah yang sedang merebak dalam batang tubuh negara dan ibarat anai-anai semakin mereputkan tonggak-tonggak utama negara.
Kuala Lumpur: Memerangi rasuah hendaklah dijadikan satu perjuangan – satu jihad oleh setiap warganegara Malaysia.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, menjadi tanggungjawab fardu kifayah dan kenegaraan untuk setiap warga berperanan aktif memelihara negara daripada terjerumus ke lembah kehinaan akibat rasuah.
Baginda bertitah, rasuah wajib ditangani dengan segala kesungguhan melalui langkah-langkah tegas oleh pelbagai agensi yang bertanggungjawab, tanpa gentar dan pilih kasih.
"Kebenaran berpaksikan undang-undang wajib ditegakkan, tanggungjawab kepada Allah SWT dan tanggungjawab kepada negara hendaklah berada di atas tanggungjawab terhadap mana-mana kumpulan atau individu," titah baginda pada majlis Anugerah Perniagaan Utusan 2015.
Anugerah ini berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tun Rahah Mohd Noah.
Sultan Nazri bertitah, rasuah adalah barah yang sedang merebak dalam batang tubuh negara dan ibarat anai-anai semakin mereputkan tonggak-tonggak utama negara.
"Kegagalan memerangi rasuah secara serius, bersungguh, berkesan dan komited dibimbangkan berpotensi melumpuhkan negara dan rakyat keseluruhannya terpaksa membayar dengan penderitaan dan kesengsaraan seperti yang dialami oleh rakyat di kebanyakan negara," titahnya.
Pada majlis sama Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dianugerahkan Anugerah Tokoh Negarawan Ulung yang diterima oleh Tun Rahah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119324#sthash.14XG3z4H.dpuf






Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam titahnya - See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/07/agong-gesa-ahli-parlimen-hentikan-politik-sempit/#sthash.za5f9DVh.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip