Akaun RM2.6j dibeku, 10 kenderaan disita
KUALA LUMPUR 15 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur hari ini membekukan akaun bank bernilai RM2.6 juta milik tiga daripada empat suspek yang ditahan dalam Op Tiris bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang dana kebajikan untuk pesakit kronik dan miskin bernilai lebih RM20 juta.
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek berkenaan ialah bekas pegawai kanan kerajaan yang merupakan penasihat dana kebajikan dan dua pengarah syarikat.
Ujarnya, SPRM Kuala Lumpur turut menyita 10 kenderaan milik suspek dan syarikat berkaitan.
Bagaimanapun katanya, tempoh reman dua suspek iaitu bekas pegawai kanan kerajaan dan seorang pengarah jabatan disambung selama sehari bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
“Tahanan reman dua suspek terbabit dilanjutkan sehingga esok. Dua lagi suspek yang merupakan pengarah syarikat telah dibebaskan dengan jaminan SPRM,” kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan empat individu termasuk seorang wanita bergelar Datuk ditahan SPRM Kuala Lumpur semalam melalui Op Tiris yang dilancarkan sejak 1 Mac lalu kerana dipercayai terlibat dalam penyelewengan dana kebajikan yang sepatutnya disalurkan terhadap pesakit kronik dan miskin berjumlah lebih RM20 juta.
Kesemua suspek itu terdiri daripada seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan, dua pengarah syarikat dan seorang bekas pegawai kanan kerajaan yang juga penasihat kepada sebuah dana kebajikan yang dipercayai menjadi perancang utama dalam kegiatan terbabit.
Mereka ditahan kira-kira pukul 3 pagi di kediaman masing-masing itu berusia antara 50 tahun hingga 59 tahun.
Suspek didakwa terlibat dalam penyelewengan itu bagi membolehkan beberapa syarikat peruncitan yang beroperasi di lebih 40 premis kerajaan seluruh negara dipilih tanpa melalui proses tender yang sah kerana suspek utama mempunyai kuasa dalam pemilihan syarikat.
Individu-individu terbabit telah mengaut keuntungan tiga peratus daripada lima peratus melalui dana kebajikan yang sepatutnya disalurkan oleh syarikat itu bagi membantu ribuan pesakit kronik dan miskin.
- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/akaun-rm2-6j-dibeku-10-kenderaan-disita-1.201106#sthash.FL8B0nMW.dpuf

Comments
Post a Comment