Cara selesai kes tipu Sijil Anak Negeri Sabah
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berpendapat operasi pemutihan adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kes penipuan berkaitan Sijil Anak Negeri (SAN) di Sabah.
Bekas Pengarah SPRM Sabah, Datuk Hishamuddin Hashim, berkata ia termasuk menarik balik semua SAN untuk siasatan lanjut dan pengesahan sebelum kerajaan mengeluarkan SAN baharu yang lebih berkualiti serta berteknologi tinggi.
Katanya, isu penipuan atau pemalsuan SAN berlaku sejak awal 1980-an selepas kerajaan negeri membuat keputusan memansuhkan pengeluaran sijil berkenaan.
"Bagaimanapun, wujud sindiket mengeluarkan SAN palsu hingga mereka yang tidak layak turut memilikinya bagi tujuan tertentu seperti membeli tanah serta melabur dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB)," katanya selepas majlis serah terima tugas jawatan Pengarah SPRM Sabah di sini, sebentar tadi.
Pada majlis itu, Hishamuddin yang mengetuai SPRM Sabah sejak November 2014 dan dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perisikan di ibu pejabat SPRM, menyerahkan jawatan kepada Datuk Sharom Nizam Abdul Manap.
Hishamuddin berkata, cadangan operasi pemutihan itu dibentangkan dan dipersetujui Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman.
"Usaha ini memerlukan kerjasama pelbagai agensi termasuk Mahkamah Anak Negeri (MAN) yang berperanan penting dengan mewujudkan pasukan khas bagi menentukan sama ada seseorang itu layak mendapat SAN atau sebaliknya.
"Ketika ini, kita tidak dapat mengesahkan ketulenan SAN dimiliki seseorang itu kerana ada yang mendakwa ia diwarisi daripada bapa mereka yang sudah meninggal dunia, maka sukar ditentukan kesahihannya.
"Justeru, pemutihan adalah langkah terbaik," katanya.
Beliau berkata, jika ada individu yang tidak layak memperoleh SAN memiliki sijil berkenaan, tindakan akan diambil ke atas mereka.
"Contohnya jika mereka membeli tanah menggunakan SAN palsu, kita tidak terus merampas tanah terbabit sebaliknya menukar status daripada tanah adat kepada tanah komersial dan mereka perlu membayar nilai premium lebih tinggi.
"Bagi mereka yang melabur dalam ASB menggunakan SAN palsu, pelaburan akan dibatalkan dan wang modal dikembalikan, namun perlu membayar balik dividen yang dikeluarkan sebelum ini," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/129623

Comments
Post a Comment