Rasuah tender kedai runcit hospital, 4 ditahan SPRM
KUALA LUMPUR: Empat individu termasuk seorang wanita berpangkat Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini selepas dipercayai bersubahat dalam pemilihan syarikat perniagaan kedai runcit dalam hospital tanpa melalui proses tender yang sah.
Suspek yang berusia antara 30 hingga 60 tahun ditahan di sekitar Lembah Klang.
Sumber SPRM berkata, dalam operasi Ops Tiris, seorang pegawai kanan kerajaan ditahan di rumahnya dipercayai melakukan kesalahan dengan bersubahat dalam pemilihan syarikat tanpa perlu melalui proses tender yang sah untuk beroperasi di lebih 40 premis runcit di hospital seluruh negara.
"Lelaki berusia 60 tahun itu dipercayai terbabit dalam rasuah dianggarkan bernilai RM20 juta.
Seorang lelaki berusia 59 tahun yang juga bekas pegawai kanan turut ditahan atas kesalahan sama.
"Mereka direman bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, kerana kesalahan meminta dan menerima rasuah," katanya. Suspek juga akan disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/133736

Comments
Post a Comment