Pegawai pembangunan usahawan buat tuntutan palsu
SEREMBAN: Seorang pegawai pembangunan usahawan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, kerana didakwa mengemukakan tuntutan palsu dalam aktiviti pembinaan dan naik taraf laman web program khas untuk menggalakkan pelajar sekolah di negeri ini berniaga. Muhamad Hafriz Alias, 30, yang bertugas dengan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Fathiyah Idris. Mengikut pertuduhan pertama, Muhamad Hafriz didakwa mengemukakan invois palsu berjumlah RM14,799 bagi kerja membina sebuah laman web Program Tunas Niaga (PROtune), sedangkan jumlah bayaran sebenar adalah RM7,299. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengemukakan invois palsu berjumlah RM10,800 bagi kerja menaik taraf laman web berkenaan, sedangkan bayaran sebenar adalah RM5,400. Dia yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat PKNNS di Jalan Za'aba, di sini, masing-masing pada 2