Bekas pengurus besar didakwa buat tuntutan palsu
KUALA TERENGGANU - Seorang bekas pengurus besar sebuah agensi kerajaan didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu, hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu.
Bagaimanapun, tertuduh iaitu Che Sa'adon Che Yahya, 54, bekas Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sedar, dengan niat untuk memperdayakan prinsipal iaitu Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu dengan satu dokumen oleh Lea Seng Auto Parts Sdn. Bhd iaitu Tax Invoice berjumlah RM1,140, yang mengandungi butiran palsu.
Dia didakwa telah meminda perkataan 'Wish1.8' kepada 'Fortuner', iaitu penukaran alat ganti kepada kenderaan Toyota Wish 1.8 miliknya sendiri dan bukannya kepada kenderaan milik PPNT iaitu Toyota Fortuner, sebagaimana dalam tuntutan untuk mengelirukan prinsipal.
Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 25 Januari 2016, di pejabat PPNT, Kuala Terengganu dan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.
Sebaik pengakuan tidak bersalahnya direkodkan, mahkamah menetapkan 10 April depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Amer Abu Bakar Abdullah.
http://www.sinarharian.com.my/mahkamah/bekas-pengurus-besar-didakwa-buat-tuntutan-palsu-1.814938

Comments
Post a Comment