Dua lelaki didakwa beri suapan kepada penguat kuasa SWCorp
KUALA LUMPUR 15 Mac - Seorang pemandu jentera berat dihukum penjara 14 hari dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memberi rasuah RM500 kepada seorang penguat kuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), hujung tahun lalu.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman tersebut terhadap P. Elangovan, 57, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di tapak pelupusan sampah haram Lorong Haji Hamzah, Segambut pada pukul 2.30 petang, 12 Oktober 2017.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memberi rasuah RM500 kepada Timbalan Pengarah Pengurusan SWCorp Kuala Lumpur, Mohd. Zaki Harry Susanto sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemilik tapak pelupusan sampah haram yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Ahmad Nidzam Wan Omar mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia sudah insaf serta merupakan penanggung utama keluarga sementara pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman sewajarnya sebagai pengajaran kepada tertuduh.
Azura memerintahkan hukuman penjara tersebut bermula hari ini selain menetapkan hukuman penjara tambahan selama lapan bulan sekiranya bapa tiga anak itu gagal menjelaskan denda berkenaan.
Sementara itu di mahkamah berasingan, seorang kerani, S. Muthukumar, 47, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan serupa bagaimanapun melibatkan jumlah suapan sebanyak RM1,500.
Wang suapan tersebut yang didakwa diberikan kepada Mohd. Zaki adalah sebagai dorongan untuknya agar tidak menutup kawasan tapak pelupusan sampah milik kenalannya yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di tapak pengasingan sampah, Persiaran Segambut Tengah, Segambut di sini pada pukul 4.25 petang, 12 Oktober tahun lalu.
Pertuduhan terhadap lelaki itu turut dikemukakan oleh Wan Ahmad Nidzam mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman serupa.
Hakim Allaudeen Ismail membenarkan tertuduh yang diwakili peguam K. Ashok diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sebelum menetapkan 6 April untuk sebutan semula bagi serahan dokumen.
http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/dua-lelaki-didakwa-beri-suapan-kepada-penguat-kuasa-swcorp-1.628329#ixzz5Aukun1Hx

Comments
Post a Comment