Dipenjara lapan bulan
KUALA LUMPUR 20 Mac - Bekas Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Seri Syed Afendy Ali Syed Abid Ali dihukum penjara lapan bulan dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas lapan pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan lapan unit kondominium bernilai hampir RM2 juta untuk ahli keluarganya, lima tahun lalu.
Hakim Allaudeen Ismail memutuskan demikian ke atas Syed Afendy Ali, 56, setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan pertama hingga kelapan, tertuduh didakwa sebagai Pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Penyelarasan Pembangunan (JPEPP) DBKL telah mendapatkan suatu benda berharga dengan tiada balasan untuk ibunya, Minah Abdullah, 75; anak saudara, Mazwan Amin Mohd. Noor, 46; isterinya Rodziah Abd. Samad, 56; dan anaknya, Syed Ashraf Ali, 30.
Benda berharga tersebut iaitu kepentingan ke atas lapan unit kondominium, Astana Lumayan dan Suasana Lumayan di Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak masing-masing bernilai RM249,000 berserta pakej naik taraf ke atas unit tersebut berjumlah RM447,000 daripada syarikat Danau Lumayan Sdn. Bhd. yang tertuduh mengetahui ada hubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat JPEPP, DBKL di sini antara 6 September 2013 dan 16 Oktober 2014 dan dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda tersebut sementara menunggu rayuan selesai di Mahkamah Tinggi dengan mengekalkan wang jaminan RM1 juta berserta seorang penjamin selain pasport diserahkan ke mahkamah.
Allaudeen memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara masing-masing lapan bulan dan denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan serta berjalan serentak. Tertuduh turut berdepan hukuman penjara setahun bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Sementara itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mendapatkan Rodziah satu unit kedai pejabat tiga tingkat di Pusat Perdagangan Danau Lumayan Avenue, Jalan Danau Lumayan, Bandar Tun Razak bernilai RM930,000 daripada syarikat sama yang tertuduh mengetahui ada hubungan dengan kerja-kerja rasminya ketika itu sebagai Timbalan Bendahari di Jabatan Kewangan DBKL di Pejabat Ketua Bahagian (Pembangunan dan Penswastaan) Jabatan Kewangan, DBKL pada 2 Mac 2009.
Mahkamah turut melepas dan membebaskan Syed Afendy Ali yang diwakili peguam, Hamidi Mohd. Noh daripada sembilan pertuduhan menerima dan menggunakan wang haram melibatkan RM1.5 juta mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam selain tertuduh telah menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan sendiri.
Syed Afendy Ali yang kelihatan sugul dan hanya tunduk di kandang tertuduh merayu hukuman ringan kepadanya atas alasan sejak dia ditangkap, dia telah hidup dalam keadaan susah.
“Saya telah hilang segala-galanya, hari ini tuan boleh lihat sendiri yang datang ke mahkamah hanya isteri dan anak saya. Saya telah hilang kawan-kawan. Dengan keadaan kesihatan saya (sakit jantung), saya kehilangan 20 kilogram berat badan sepanjang kes ini berlangsung.
“Saya memohon saya tidak dipenjarakan, jika denda pun, hutang saya sudah keliling pinggang,” katanya dengan nada sebak selepas diarahkan Allaudeen untuk berkata sesuatu sebelum hukuman dijatuhkan.
http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/dipenjara-lapan-bulan-1.631642#ixzz5AukYhEqk

Comments
Post a Comment