Rasuah polis, warga Indonesia dihukum 10 hari penjara dan denda RM15,000
BINTULU 22 Mac - Seorang warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Bintulu (Mahkamah Khas Rasuah) hari ini.
Hakim Nixon Kennedy Kumbong menjatuhkan hukuman itu selepas Dwi Pratwanto, 30, mengaku bersalah memberi suapan sebanyak RM3,000 kepada Koperal Mohd. Shahril Jeli sebagai dorongan tidak diambil tindakan atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan.
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Sehenti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu pada pukul 2.15 petang pada Selasa lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Ikhwan Mohd. Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/rasuah-polis-warga-indonesia-dihukum-10-hari-penjara-dan-denda-rm15-000-1.632778#ixzz5AulHdala

Comments
Post a Comment