Polis trafik mengaku tidak bersalah meminta dan memperoleh rasuah
KUALA LUMPUR 21 Mac - Seorang anggota polis trafik berpangkat Lans Koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan memperoleh rasuah berjumlah RM2,000 enam tahun lalu.
Tertuduh, Lady Johari Idris, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.
Lady Johari didakwa melakukan perbuatan itu di Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee, Jalan Bandar di sini pada pukul 10.40 pagi, 13 November 2012.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meminta untuk dirinya sendiri suatu suapan wang tunai bernilai RM3,000 daripada Chong Kun Choi, 57, sebagai dorongan untuk tertuduh tidak mengambil tindakan undang-undang dan melepaskan pekerjanya bernama Anhar Mansor yang disyaki memiliki kad pengenalan palsu.
Sementara itu, pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memperoleh RM2,000 daripada Kun Choi bagi tujuan sama.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Afiqah Ab. Razak.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan passport perlu diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan sebutan semula kes pada 12 April ini. - UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/polis-trafik-mengaku-tidak-bersalah-meminta-dan-memperoleh-rasuah-1.632042#ixzz5AulQj4U0

Comments
Post a Comment