Bekas pengurus dijel, denda, mengaku cuba terima rasuah
KUALA LUMPUR 15 Mac - Seorang bekas pengurus pengarah syarikat kawalan keselamatan dihukum penjara dua hari dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba menerima rasuah daripada seorang pemilik butik bagi menyelesaikan kes jenayah melibatkan suami mangsa, dua tahun lalu.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Noorasyikin A. Latiff, 40, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah ketika prosiding perbicaraannya pada 15 Februari lalu dan hari ini ditetapkan untuk jatuh hukum.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba menerima suapan wang tunai RM10,000 daripada Nur Aisyah Roling, melalui Mohd. Rozaini Radzi, sebagai dorongan untuknya membantu menyelesaikan kes suami Nur Aisyah iaitu Baharuddin Hamzah di pekarangan Restoran Victoria Station, Jalan Ampang, di sini pada pukul 3.30 petang, 15 Disember 2016.
Baharuddin yang merupakan ahli perniagaan didakwa pada 8 Disember 2016 di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas lapan pertuduhan memperdagangkan lapan individu warga Indonesia untuk dijadikan pekerja restoran.
Pertuduhan terhadap Noorasyikin dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 28(1)(a) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Terdahulu, peguam Munawar Kabir Zainal Abidin yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya melakukan perbuatan itu kerana berada dalam gangguan emosi dan tertekan.
“Anak guam saya juga menghidap penyakit kanser payudara dan perlu mendapatkan rawatan berkala di hospital selain merupakan pesalah pertama,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM, Mohd. Asnawi Abu Hanipah memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira mahkamah telah menghabiskan masa setahun empat bulan bagi menjalankan kes tersebut dengan tujuh saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Azura memerintahkan Noorasyikin menjalani hukuman penjara bermula hari ini selain tempoh dia dipenjarakan boleh ditambah lagi tiga tahun jika gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut fakta kes, pada 30 Oktober 2016, tertuduh telah berjumpa dengan Nur Aisyah di pekarangan Ibu pejabat Imigresen, Putrajaya dan memberitahu bahawa jika wanita itu mahu kes terhadap suaminya diselesaikan, dia perlu memberi sejumlah wang.
Pada 15 Disember tahun sama, Nur Aisyah telah menyerahkan wang itu yang dimasukkannya ke dalam sebuah bungkusan dokumen melalui Mohd. Rozaini yang diupah oleh tertuduh untuk mengambil dokumen itu.
http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/bekas-pengurus-dijel-denda-mengaku-cuba-terima-rasuah-1.628331#ixzz5AuklUISG

Comments
Post a Comment