12 akaun bernilai RM889,000 dibekukan
KUALA LUMPUR 21 Nov. - Sebanyak 12 akaun bank dengan simpanan sebanyak RM889,000 adalah sebahagian daripada jutaan ringgit wang tunai dan aset milik seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan yang dibekukan. KERATAN Utusan Malaysia 21 November 2016. Pengarah yang dipercayai terlibat dalam menyalahgunakan kuasa dan menerima rasuah itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini. Suspek berusia 59 tahun itu dikesan terlibat dengan kegiatan tersebut selama dua tahun sejak tahun lalu iaitu sepanjang tempoh memegang jawatan berkenaan. Menurut sumber, kesemua akaun bank yang dibekukan merupakan milik pengarah dan ahli keluarganya termasuk isteri dan anaknya. Kata sumber, susulan penahanan itu, dua lelaki berusia lingkungan 40-an yang merupakan kontraktor turut ditahan di Labuan kira-kira pukul 6.30 petang. “SPRM juga telah mengenal pasti beberapa lagi kontraktor lain yang terlibat dan mere...