Skip to main content

SPRM siasat pengarah 
agensi Persekutuan

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Memiliki wang simpanan jutaan ringgit di dalam beberapa akaun bank dipercayai diperoleh hasil kegiatan rasuah.

 
Itulah kekayaan dimiliki seorang pengarah sebuah agensi kerajaan Persekutuan yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menyalahgunakan kuasa dan menerima rasuah.

Menurut sumber, suspek berusia 59 tahun itu mula mengumpul harta-harta itu sejak menyandang jawatan tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Jelas sumber, wang tersebut adalah hasil daripada aktiviti ra­suah yang diperoleh daripada kontraktor-kontraktor yang dilantik untuk menjalankan projek-projek di bawah seliaannya.

“Bagi mendapatkan projek bernilai jutaan ringgit tersebut, kontraktor-kontraktor yang dilantik juga disyaki telah memberikan wang suapan di antara puluhan dan ratusan ribu kepada suspek.

“SPRM mula memantau suspek tersebut sejurus menerima maklumat berhubung pemilikan kekayaan luar biasa yang tidak setara dengan jawatan yang dipegangnya baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Ujarnya, tangkapan terhadap suspek akan dibuat da­lam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Pada 14 November lalu, seorang pe­ngarah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) bergelar Datuk ditahan SPRM di Shah Alam, Selangor kerana dipercayai menyalahgunakan kuasa dan menerima suapan sehingga memiliki wang simpanan berjumlah RM40.6 juta.

Tiga hari sebelum itu iaitu pada 11 November lalu, seorang pengurus besar sebuah syarikat GLC berusia 56 tahun yang memiliki sembilan buah rumah bernilai RM8 juta yang dipercayai dibeli secara tunai, empat buah kereta mewah termasuk sebuah motosikal berkuasa tinggi dan wang simpanan berjumlah RM2.5 juta ditahan SPRM di Negeri Sembilan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa juga kerana menerima suapan.

Pada Oktober lalu pula, SPRM mencatat sejarah tang­­kapan dan rampasan terbesar apabila 22 pegawai kanan termasuk pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di Sabah ditahan berhubung penyelewengan dana projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion. Hampir RM60 juta wang tunai dirampas dalam operasi tersebut selain aset dan akaun yang dirampas serta dibekukan.

https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sprm-siasat-pengarah-8232-agensi-persekutuan-1.410124#sthash.qsKqQGJo.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip