Skip to main content

Range Rover RM1 juta pula dirampas




KUALA LUMPUR 18 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas sebuah lagi kenderaan mewah Range Rover bernilai RM1 juta milik bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) bergelar Datuk yang kini dalam tahanan reman berhubung kes salah guna kuasa dan rasuah sejak empat hari lalu.

Rampasan terbaharu itu menjadikan jumlah kenderaan mewah yang disita dalam kes yang turut membabitkan dua lagi suspek yang merupakan pengarah urusan dan pengurus jualan syarikat kontraktor itu meningkat kepada 13 buah.

Menurut sumber, pihak SPRM hari ini turut membekukan akaun bernilai RM200,000 milik suspek menjadikan jumlah sitaan wang simpanan setakat ini RM40.8 juta.

Jelas sumber, sejak hari pertama pembongkaran kes itu, sebanyak sembilan saksi telah dipanggil untuk proses rakaman percakapan dan membantu siasatan.

“Setakat ini, rakaman percakapan masih berlangsung dan sembilan saksi tersebut adalah enam kakitangan daripada syarikat GLC terlibat manakala tiga lagi adalah ahli keluarga ketiga-tiga suspek.

“SPRM akan memanggil beberapa lagi saksi selepas ini untuk membantu siasatan,” kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seorang penga­rah ber­gelar Datuk sebuah syarikat GLC ditahan di ru­mahnya di Shah Alam selepas di­kesan menganugerahkan projek bernilai RM50 juta kepada kroninya.

Lelaki berusia 50 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan terbabit selama lima tahun ketika memegang jawatan sebagai CEO sebuah GLC sebelum dia dilantik menjadi pengarah sebuah GLC lain sehingga kini.

Hasil tangkapan itu, SPRM turut menahan dua suspek yang masing-masing adalah pe­ngarah urusan dan pengurus jualan syarikat kontraktor yang mempunyai hubungan keluarga dengan lelaki berkenaan.

https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/range-rover-rm1-juta-pula-dirampas-1.409358#sthash.Em90JXAw.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip