Skip to main content

12 akaun bernilai RM889,000 dibekukan

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Sebanyak 12 akaun bank dengan simpanan sebanyak RM889,000 adalah sebahagian daripada jutaan ringgit wang tunai dan aset milik seorang pe­ngarah sebuah jabatan kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan yang dibekukan.

Keratan Utusan Malaysia 21 November 2016.
KERATAN Utusan Malaysia 21 November 2016.
Pengarah yang dipercayai terlibat dalam menyalahgunakan kuasa dan menerima rasuah itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

Suspek berusia 59 tahun itu dikesan terlibat dengan kegiatan tersebut selama dua tahun sejak tahun lalu iaitu sepanjang tempoh memegang jawatan berkenaan.

Menurut sumber, kese­mua akaun bank yang dibekukan merupakan milik pengarah dan ahli keluarga­nya termasuk isteri dan anaknya.

Kata sumber, susulan penahanan itu, dua lelaki berusia lingkungan 40-an yang merupakan kontraktor turut ditahan di Labuan kira-kira pukul 6.30 petang.

“SPRM juga telah mengenal pasti beberapa lagi kontraktor lain yang terlibat dan mereka akan panggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

“Kita juga masih mengesan wang dalam akaun-akaun bank lain milik pengarah tersebut kerana dipercayai telah dipindahkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sumber memberitahu, permohonan reman akan dilakukan esok terhadap kesemua individu terbabit bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Akhbar hari ini mela­porkan, seorang pengarah di sebuah agensi kerajaan memiliki wang simpanan jutaan ringgit di dalam beberapa akaun bank dipercayai hasil kegiatan ra­su­ah.

Suspek dipercayai me­nerima rasuah puluhan dan ratusan ribu daripada kontraktor-kontraktor yang dilantik bagi mendapatkan projek bernilai jutaan ringgit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/12-akaun-bernilai-rm889-000-dibekukan-1.410562#sthash.kybpUAuS.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip