Posts

Showing posts from April, 2016

MACC has screened all BN candidates, says Abang Johari

S’WAK POLLS PBB deputy president Abang Johari Openg has put to rest any question about the integrity of BN candidates and direct candidates in the 11th Sarawak state election. “They were chosen as candidates based on their integrity. They have all been screened by the Malaysian Anti-Corruption Commission,” he told Bernama. Meanwhile, he assured that the state government was looking into the housing needs of the middle income group, as promised by the BN government. “We already have a policy for low-cost homes for the lower income group but we do not have one for the middle income,” he noted. In light of rising house prices, Abang Johari, who is also Housing Minister and state Tourism Minister, said a state intervention was necessary for more affordable homes costing below RM300,000 to be built for the group. He said in this regard, the state government was also mulling to provide finance facilities to the target group through government financial institutions. Abang Johari, who i

SPRM Kelantan tahan warga Bangladesh disyaki sogok polis

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang lelaki warga Bangladesh selepas cuba menyogok seorang pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, Jumaat lepas. Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Shamsudin Yusof berkata lelaki berumur lingkungan 30-an itu menawarkan sejumlah RM400 kepada pegawai polis berkenaan bagi membebaskan dua rakannya yang ditahan pasukan keselamatan pada hari sama. "Berikutan itu, pegawai polis berkenaan kemudiannya menangkap lelaki warga asing tersebut sebelum menyerahkannya kepada SPRM untuk tindakan lanjut. "Suspek akan didakwa di mahkamah selepas SPRM menyiapkan kertas pertuduhan terhadapnya," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu, hari ini. Dalam pada itu, Moh Shamsudin turut memuji tindakan pegawai polis berkenaan dan wajar dijadikan contoh oleh semua kakitangan kerajaan. "Moga tindakan murni ini menjadi pengajaran kepada kita semua bagi memastikan tiada gejala rasuah dalam kalang

Program CeIO Bantu SPRM Tangani Ketirisan Dalam Organisasi

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) berjaya membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani ketirisan dalam organisasi. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah berkata kejayaan itu juga secara tidak langsung dapat mengelakkan penyelewengan dan rasuah. "Program CeIO ini berjaya dan bagus dilaksanakan di Malaysia. Alhamdulillah, setelah program ini dilaksanakan, dapat membantu SPRM menangani ketirisan dalam organisasi," katanya kepada pemberita selepas menutup program CeIO bagi siri ke-12 dan ke-13 tahun ini di sini, hari ini. Mohd Jamidan berharap CeIO yang dilantik perlu meningkatkan integriti bagi memerangi rasuah di dalam agensi atau jabatan masing-masing, selain memiliki integriti yang tinggi memandangkan mereka mempunyai peranan yang besar untuk memantau serta memantapkan lagi amalan integriti di jabatan dan agensi masing-masing. "Selain meranc

SPRM difitnah lagi!

Image
Kelmarin, bukan main kecoh lagi bila pegawai SPRM ditahan kononnya untuk menghilangkan bukti kes Lim Guan Eng. Fitnah dan tohmahan ini dilemparkan oleh blog Master Dedak Dedah. Blog ini tahu segala jenis rahsia kononnya mereka tahu segala-gala yang tersimpan di SPRM. Wah hebatnya blogger ni. Rasa teruja kejap nak tau apa cerita yang nak direkanya. Yelah, mana taknya. Penulisan blog dia tu pun penuh dengan rekaan dan fantasi. Entah mana cerita yang dikoreknya pun tak tahu lah. Sumber dalaman katanya. Ke syaitan dalam diri yang memberi sumber? Ehhh. Antara fantasi yang disebutkan dalam blog beliau ialah pegawai tersebut disuruh untuk menghapuskan bukti Lim Guan Eng, pegawai itu berasal dari Pulau Pinang, ditangkap dengan jumlah tangkapan RM50 ribu di tangan dan macam-macam lagi la. Benda yang tidak ada kaitan pun habis dikaitkannya. Plot ceritanya memang hebat. Memang SPRM diburukkannya habis-habisan. Tapi nak dijadikan cerita, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki mengeluarkan

Pertukaran Pegawai Jawatan Sensitif Mininumkan Peluang Jenayah Rasuah - SPRM

PUTRAJAYA, 8 April (Bernama) -- Pendekatan menukar pegawai di jabatan atau jawatan sensitif jika dilaksanakan secara menyeluruh dan efektif akan membantu usaha menutup atau meminimumkan ruang dan peluang jenayah rasuah, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Merujuk laporan mengenai pertukaran 50 pegawai jawatan sensitif di pelbagai kementerian, SPRM yang menyambut baik pendekatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan itu akan mempertingkatkan tadbir urus baik dan mengelak daripada berlakunya ketirisan. Menurut SPRM, penggiliran tempat kerja dan pertukaran pegawai ke bahagian lain dalam agensi asal atau agensi lain adalah antara syor yang diberikan suruhanjaya itu menerusi perakuan Kertas Pemeriksaan SPRM apabila menyediakan khidmat pemeriksaan dan perundingan bagi memperbaiki sistem dan prosedur kerja. "Pelaksanaan sistem giliran tempat kerja akan membantu mengurangkan peluang terdedah kepada jenayah rasuah atau salah guna kuasa," katanya. SPRM berk

Keda Tandatangani Ikrar Integriti Korporat Bersama SPRM

ALOR SETAR, 10 April (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) hari ini menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) bersama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha meningkatkan integriti warga kerjanya. CIP itu ditandatangani Pengerusi Keda Datuk Mohd Arpan Shari dan disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali. Mustafar berkata CIP yang ditandatangani Keda itu menunjukkan komitmen tinggi agensi itu dalam meningkatkan integriti, mencegah rasuah dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanah. "Pemantapan integriti ini sangat penting dan perlu dilaksanakan di setiap syarikat dan agensi dalam menyokong tindakan mencegah rasuah, baik dalam pengurusan sektor korporat dan pentadbiran awam," katanya. "Keda juga mempunyai pegawai integriti bertauliah yang telah mendapat tauliah daripada SPRM dan kami dimaklumkan Keda akan menghantar lebih ramai pegawainya untuk turut serta dalam modul untuk pemantapan CIP ini," kat

JKMR Saran Batalkan Debat Isu Tanah Taman Manggis

PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) menyarankan supaya dibatalkan debat mengenai isu tanah Taman Manggis di Pulau Pinang antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Pengerusi JKMR Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata sebagai badan yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihaknya mengikuti dengan terperinci mengenai rancangan mengadakan debat itu dan berharap pihak terbabit menimbang untuk membatalkannya. "Saya menyarankan rancangan itu elok dielakkan. JKMR berpandangan bahawa memandangkan SPRM sedang menjalankan siasatan, sangatlah wajar supaya penganjuran perdebatan tersebut dibatalkan. "JKMR bimbang sekiranya debat tersebut diteruskan, ia akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM sekarang," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad. Abu Zahar berkata perkara itu perlu diserahkan kepada pihak berkua

Lima individu ditahan SPRM kes tuntutan palsu

BANDARAYA MELAKA - Seorang jurutera di sebuah jabatan kerajaan merupakan antara lima individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan ke atas tuntutan palsu melibatkan lebih RM60,000. Difahamkan jurutera berusia 36 tahun itu ditahan bersama seorang kakitangan awam dan tiga kontraktor sebelum di bawa ke ibu pejabat SPRM negeri untuk direkodkan kenyataan. Difahamkan kesemua mereka boleh membantu siasatan terhadap tuntutan palsu yang dikemukakan untuk satu projek di Jasin tahun lalu. Difahamkan juga SPRM kini sedang menyiasat kes terbabit dari pelbagai sudut dan berkemungkinan akan ada tangkapan selanjutnya. Sementara itu, ketika dihubungi, Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan kesemua suspek yang kini disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.  

Siasatan akan dibuat jika ada aduan - SPRM

KUALA LUMPUR: Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki memaklumkan pihaknya akan menyiasat segala aduan berkaitan rasuah sekiranya ada laporan yang dibuat. “SPRM akan menyiasat segala aduan berkaitan rasuah yang diadukan kepada suruhanjaya ini. “Berhubung dengan apa yang dikatakan Tony Pua setakat ini, pihak SPRM belum lagi menerima sebarang laporan ataupun aduan dari pihak beliau. “Kita akan melihat sebarang aduan yang akan dikemukakan kepada kita dan kita boleh buat apa-apa tindakan seterusnya,” katanya kepada Astro AWANI. Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menggesa agar Ketua Polis Negara segera menjalankan siasatan ke atas bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi Azral serta lembaga pengarahnya. Desakan itu dibuat dalam satu kenyataan susulan pembentangan laporan siasatan PAC terhadap 1MDB yang antara lain mencadangkan siasatan ke atas syarikat itu. PAC, dalam Laporan Kawala

SPRM bukan sahaja tangkap pesalah malah mencegah rasuah

KUALA LUMPUR: Peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak terbatas hanya menyiasat dan menangkap seseorang individu serta membawa mereka ke muka pengadilan malah turut berperanan untuk mencegah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa daripada terus berleluasa. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, sehubungan itu SPRM berusaha melakukan pelbagai pencegahan dengan menutup ruang dan peluang untuk melakukan jenayah. Antaranya ialah Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia yang merupakan antara inisiatif SPRM yang dilaksanakan agar gejala rasuah dapat dibanteras. "Program CeIO merupakan program yang diiktiraf bagi melahirkan pegawai integriti bertauliah di Malaysia. Matlamat program ini ialah memastikan pematuhan terhadap undang-undang, menyematkan budaya 'toleransi sifar' terhadap rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan serta memberi khidmat nasihat kepada pihak pengurusan," kata beli

Siasatan banglo Guan Eng akan terjawab hujung April

PETALING JAYA: Kertas siasatan kes terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa terlibat dalam kontroversi pembelian banglo pada harga luar biasa murah dijangka siap dalam tempoh tiga minggu lagi. Menurut laporan Utusan Malaysia, memetik sumber, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Guan Eng untuk merekodkan keterangan pada minggu hadapan. Katanya lagi, urusan itu akan dilakukan di Pulau Pinang selepas kesemua dokumen termasuk transaksi melibatkan pembelian itu dikumpul serta diteliti sedalam-dalamnya. “SPRM tidak mahu memanggil Guan Eng berulang kali, biar SPRM dapat semua dokumen secara hitam putih dan keterangan akan direkodkan berdasarkan bukti serta keterangan saksi-saksi yang dipanggil sebelum ini,” tambah sumber apabila ditanya sebab kelewatan merekod kenyataan Guan Eng. Difahamkan juga, SPRM boleh menahan kedua-dua pihak jika mendapati wujud sebarang transaksi rasmi lain melibatkan kedua-dua pihak. “Apapun, segala persoalan akan terjawa

Pensyarah wanita ditahan SPRM

Seremban: Pensyarah wanita dari institusi pendidikan guru di sini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah RM8,000, petang tadi. Sumber SPRM berkata, pensyarah berusia 50-an itu ditahan di restoran di Sikamat, di sini. Katanya, wanita itu ditahan kerana disyaki meminta dan menerima suapan sebagai balasan kerja membekal dan menyediakan makanan bagi Program Transformasi Minda. "Suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk direman. Tangkapan dibuat mengikut Seksyen 17(a) AktaSPRM 2009," katanya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128451#sthash.Oyu2Y2pq.dpuf

SPRM, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Anjur Bengkel Tangani Rasuah Alam Sekitar

AKADEMI Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah mengadakan bengkel menangani rasuah dalam jenayah alam sekitar di bawah tajaan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), semalam. Antara perkara penting yang dibentangkan dalam bengkel berkenaan ialah cara menyelesai, mencegah dan mendakwa kes-kes berhubung jenayah alam sekitar menggunakan teknik antirasuah. Pegawai UNODC (Penyelaras Global untuk Membanteras Jenayah Hidupan Liar dan Perhutanan), Giovanni Broussard berkata, Malaysia telah mengambil langkah-langkah untuk menangani isu rasuah dengan mewujudkan Unit Integriti di semua kementerian termasuk NRE. Beliau berkata, Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi pemain utama dalam memerangi jenayah alam sekitar. Broussard juga berkata, perlu wujud kerjasama padu di antara agensi-agensi kerajaan khususnya NRE, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja

NRE-SPRM jalin kerjasama tingkat budaya integriti

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan kerjasama bagi memperkukuh usaha meningkatkan budaya berintegriti dan menangani isu rasuah secara menyeluruh. Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut mencadangkan supaya SPRM dijemput ke program yang diusahakan oleh NRE bagi membantu kementerian itu mempertingkatkan budaya integriti dalam tatacara kerja. "Ia juga penting kerana NRE ingin mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap kementerian selain mendidik masyarakat berhubung undang-undang dan prosedur NRE," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan perbincangan antara kedua-dua pihak, di sini hari ini. Turut terlibat dalam perbincangan itu ialah Timbalan Menterinya, Datuk Hamim Samuri, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sri Mustafar Ali, Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, Datuk Yusoff Akope serta Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM

Kes Rosli Dahlan dan SPRM selesai

Semalam (5 April 2016), telah tamat kes saman antara peguam Rosli Dahlan dan SPRM dan kerajaan di mana Rosli Dahlan menarik balik dua tuntutan saman berjumlah RM97 juta berhubung pendakwaan dan penahanannya secara salah. SPRM juga dah menyatakan kekesalan dengan kejadian yang menimpa Rosli Dahlan. Rosli Dahlan juga memuji tindakan SPRM yang menunjukkan keberanian dari segi moral dan integriti untuk membetulkan keadaan dengan memberi kenyataan di mahkamah. OK lah tu dua-dua pihak pun bertolak ansur dengan kejadian ni. Kejadian ni pun boleh dijadikan pengajaran bagi semua agensi penguatkuasa dalam menjalankan tugas mereka. Bukan senang nak menjalankan tugas demi negara. Namun, harus ingat agensi penguatkuasa juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Mereka bukanlah maksum sangat sehingga setiap kerja mereka harus sempurna 100%. Namun, ini juga bukan bererti boleh sambil lewa buat kerja ye. Dengan kejadian macam ni, SPRM perlu lebih berhati-hati dan lebih serius menjalanka

CIP langkah terbaik cegah rasuah

DALAM   usaha membanteras gejala rasuah di peringkat akar umbi khususnya melibatkan badan korporat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkenalkan satu program yang dikenali Ikrar Integriti Korporat (CIP). CIP ialah sebuah dokumen yang membolehkan sesebuah syarikat menzahirkan komitmen mereka untuk menegakkan Prinsip Anti Rasuah sesama badan korporat di Malaysia. Melalui ikrar tersebut, sesebuah syarikat membuat deklarasi bahawa ia tidak akan terlibat dengan aktiviti rasuah, akan berusaha untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah dan menegakkan Prinsip Anti Korupsi sesama badan korporat di Malaysia dalam amalan perniagaan baik hubungan dengan rakan niaga mahupun kerajaan. Ikrar ini dapat membantu organisasi dalam mengambil langkah pertama mengesan kegiatan rasuah serta menggalakkan organisasi melaksanakan program integriti dan memperkukuhkan sistem kawalan dalaman mereka sendiri bagi mencegah rasuah. Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURUL R

Mastermind to face more charges

PUTRAJAYA: The senior civil servant who allegedly masterminded the multi-million ringgit scam will appear again in court soon to face over 60 charges of money laundering. It is learnt that Otman Arsahd, who served as the Youth and Sports Ministry’s finance division under-secretary, will face a long list of charges under the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Acts. He is expected to be charged over every transaction he made using money from the illegal proceeds. The 57-year-old public officer is already facing 32 charges under the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act 2009. MACC investigations director Datuk Azam Baki said Otman was rearrested on Thursday to allow commission officers continue their investigations on his money laundering activities. “We pored over every transaction he made, from overseas trips to purchases of handbags and jewellery. We have so far found about 60 transactions but we believe there are more