Keda Tandatangani Ikrar Integriti Korporat Bersama SPRM
ALOR SETAR, 10 April (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) hari ini menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) bersama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha meningkatkan integriti warga kerjanya.
CIP itu ditandatangani Pengerusi Keda Datuk Mohd Arpan Shari dan disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali.
Mustafar berkata CIP yang ditandatangani Keda itu menunjukkan komitmen tinggi agensi itu dalam meningkatkan integriti, mencegah rasuah dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanah.
"Pemantapan integriti ini sangat penting dan perlu dilaksanakan di setiap syarikat dan agensi dalam menyokong tindakan mencegah rasuah, baik dalam pengurusan sektor korporat dan pentadbiran awam," katanya.
"Keda juga mempunyai pegawai integriti bertauliah yang telah mendapat tauliah daripada SPRM dan kami dimaklumkan Keda akan menghantar lebih ramai pegawainya untuk turut serta dalam modul untuk pemantapan CIP ini," katanya kepada pemberita selepas majlis itu di sini.
Tambahnya, ikrar berkenaan merupakan platform penting untuk syarikat menyumbang kepada usaha antirasuah di negara ini selain menangkis ketirisan dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan membanteras rasuah.
Terdapat lima prinsip dalam CIP iaitu mempromosikan nilai-nilai ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik; memperkukuhkan mekanisme kawalan dalaman dengan memasukkan elemen yang menyokong pencegahan rasuah; dan pematuhan undang-undang serta peraturan yang berkaitan dengan memerangi rasuah.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment