NRE-SPRM jalin kerjasama tingkat budaya integriti
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan kerjasama bagi memperkukuh
usaha meningkatkan budaya berintegriti dan menangani isu rasuah secara
menyeluruh.
Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut mencadangkan supaya SPRM dijemput ke program yang diusahakan oleh NRE bagi membantu kementerian itu mempertingkatkan budaya integriti dalam tatacara kerja.
"Ia juga penting kerana NRE ingin mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap kementerian selain mendidik masyarakat berhubung undang-undang dan prosedur NRE," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan perbincangan antara kedua-dua pihak, di sini hari ini.
Turut terlibat dalam perbincangan itu ialah Timbalan Menterinya, Datuk Hamim Samuri, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sri Mustafar Ali, Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, Datuk Yusoff Akope serta Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil.
Dalam perbincangan itu, NRE turut menunjukkan sokongan terhadap Ikrar Integriti Korporat (CIP) dan akan mengambil langkah untuk menandatangani CIP dalam masa terdekat.
Sementara itu, Mustafar menyambut baik usaha NRE dalam mengukuhkan kerjasama dengan SPRM serta hasrat kementerian itu untuk menandatangani CIP sebagai usaha menyemai budaya integriti dalam kalangan pegawainya.
Beliau berharap dengan wujudnya jalinan itu, SPRM dan NRE dapat bekerjasama dalam menangani masalah berkaitan alam sekitar dengan lebih proaktif.
NRE merupakan antara kementerian yang mewujudkan unit integriti diketuai pegawai dari SPRM.

Comments
Post a Comment