CIP langkah terbaik cegah rasuah
DALAM usaha membanteras gejala rasuah di peringkat akar umbi khususnya melibatkan badan korporat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkenalkan satu program yang dikenali Ikrar Integriti Korporat (CIP).
CIP ialah sebuah dokumen yang membolehkan sesebuah syarikat menzahirkan komitmen mereka untuk menegakkan Prinsip Anti Rasuah sesama badan korporat di Malaysia.
Melalui ikrar tersebut, sesebuah syarikat membuat deklarasi bahawa ia tidak akan terlibat dengan aktiviti rasuah, akan berusaha untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah dan menegakkan Prinsip Anti Korupsi sesama badan korporat di Malaysia dalam amalan perniagaan baik hubungan dengan rakan niaga mahupun kerajaan.
Ikrar ini dapat membantu organisasi dalam mengambil langkah pertama mengesan kegiatan rasuah serta menggalakkan organisasi melaksanakan program integriti dan memperkukuhkan sistem kawalan dalaman mereka sendiri bagi mencegah rasuah.
Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA, NUR ASILA ABD JALIL dan jurugambar, AFIQ RAZALI bersama TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENCEGAHAN), SPRM, DATUK SERI MUSTAFAR ALI bagi mengulas lanjut peranan CIP.
Seperti yang sedia maklum, CIP ialah satu deklarasi sesebuah organisasi korporat di Malaysia untuk menyokong usaha pencegahan rasuah di Malaysia. Boleh Datuk terangkan dengan lebih lanjut apa sebenarnya peranan CIP?
Saya mahu tumpukan perhatian kepada beberapa perkara berhubung CIP yang merupakan salah satu usaha pencegahan rasuah di sektor swasta. Sektor kerajaan, kementerian dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga melihatkan CIP ini sebagai satu gagasan yang boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada amalan.
Sebab itu kita adakan sesuatu yang dipanggil pledge to practice ataupun daripada teori kepada praktikal iaitu pelaksanaan kepada amalan-amalan baik itu.
Dari segi sejarah, CIP pada masa dahulu dikenali sebagai Ikrar Membanteras Rasuah.
Pada 2010, SPRM melihat beberapa keperluan berhubung sektor swasta. Selepas melihat betapa besar isunya, nama tersebut kemudian ditukar kepada CIP merangkumi lima prinsip di dalamnya termasuk 10 inisiatif yang boleh diusahakan dalam tindakan itu.
Dalam melaksanakan ikrar ini, SPRM tidak berseorangan. Kita ada bantuan penggalak seperti Bursa Malaysia.
Malahan kita melibatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai penggalak utama dalam tindakan usaha mencegah rasuah dalam sektor swasta. Kita kena pastikan, kita tahu bahawa dalam sektor swasta ini ada pelbagai institusi.
Oleh kerana itu, kita punya penggalak melibatkan pelbagai sektor ataupun medium dalam usaha pencegahan rasuah di sektor swasta.
Dalam CIP, SPRM menetapkan lima Prinsip Pencegahan Rasuah. Adakah lima prinsip itu nadi utama untuk menjayakan CIP?
Sebenarnya CIP adalah satu ikrar yang melibatkan komitmen dari peringkat tertinggi sesebuah organisasi. Sebagai contoh, apabila kita adakan pertemuan dengan sebuah organisasi, kita akan memberi taklimat kepada lembaga pengarah mereka. Maka, taklimat inilah yang menunjukkan ikrar itu sesuatu perkara yang perlu dilaksanakan.
Komitmen daripada peringkat tertinggi sesebuah organisasi adalah satu ketetapan yang harus ada. Ikrar tersebut mengandungi lima prinsip-prinsip pencegahan rasuah.
Apabila prinsip ini disebut, orang ramai akan tahu bahawa penglibatan dalam isu rasuah adalah sesuatu yang tidak dibenarkan.
Sekiranya lembaga pengarah memberikan komitmen, kemudian diterjemahkan kepada semua pegawai dan kakitangan sebuah syarikat, maka di sinilah kekuatan CIP.
Oleh itu, haruslah sesebuah organisasi memegang prinsip-prinsip tertentu bagi menjamin ketulusan mereka. Prinsip tersebut melibatkan usaha menggalakkan nilai-nilai murni sebagai satu aspek yang akan dijadikan sebahagian daripada perkara yang akan dilaksakan. Kemudian, haruslah mereka mematuhi undang-undang berkait usaha memerangi rasuah.
Apabila menyebut undang-undang, tentu ada persoalan pergubalan undang-undang, pembaharuan pentadbiran dan struktur.
Secara dasarnya, nama CIP itu dikaitkan dengan syarikat dalam sektor swasta. Adakah sektor awam ambil bahagian?
Setakat ini, kita berjaya mendapat 850 jumlah penyertaan CIP. 163 daripada sektor awam dan 662 daripada sektor swasta merangkumi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan industri kecil sederhana (IKS).
Sementara itu, 25 penyertaan lagi melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Perkara ini perlu berlanjutan kerana kita mahu menekankan kepada syarikat-syarikat besar bergabung bersama kita dalam usaha membanteras rasuah.
Setakat ini kalau dibandingkan dengan institusi kewangan, saya boleh katakan kira-kira 0.1 peratus sahaja menandatangani CIP.
Jadi perkara ini kita akan bincangkan dengan pihak berkuasa tertentu termasuk perbankan. Kita telah bincang dengan Bank Negara supaya elemen-elemen seperti ini dijadikan satu perkara bukan wajib tetapi sangat digalakkan.
Bilangan penyertaan sektor awam rendah berbanding swasta. Adakah sektor awam kurang menitikberatkan soal integriti?
CIP dilakukan dengan syarikat-syarikat swasta. Kenapa saya kata begitu?
Ini kerana nama CIP itu sendiri. Dalam mekanisme kerajaan memang banyak usaha untuk meningkatkan integriti. Kerajaan ada Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (Jitu).
Dalam setiap kementerian, menteri menjawat jawatan pengerusi kepada Jitu. Ketua Setiausaha Kementerian sebagai pengerusi kepada Jawatankuasa Kerja Jitu.
Mekanisme ini sudah cantik. Sejak 8 Januari 1988, telah ada Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) dan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU).
Malahan ada menteri yang bertanggungjawab bagi aspek ini iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa merupakan ahli jawatankuasa itu. Itu dalam sektor awam.
Sektor swasta, CIP adalah langkah yang kita pelopori di SPRM mempertingkatkan integriti dalam korporat.
Bagaimanapun, kita tidak tolak penyertaan dari 162 institusi awam.
Ada kementerian yang ingin tandatangani CIP tetapi dalam bentuk terma-terma rujukan tertentu kerana telah ada mekanisme Jitu.
Dalam menjayakan CIP ini apakah cabaran yang dilalui oleh SPRM?
Cabaran utama adalah kita ada ratusan ribu syarikat PKS dan IKS. Bagaimanapun hanya 662 syarikat menyertai CIP. Sambutan itu belum menggalakkan.
Sebab itu kita mahu tekankan kenapa tidak mereka datang, kita bersama-sama jalinkan hubungan baik dan kita bantu dalam pemantapan pencegahan rasuah di dalam syarikat itu.
Cabaran yang lebih besar selepas tangani CIP adalah bagaimana nanti, kita bersama-sama dalam usaha memantapkan integriti itu sebagai satu yang formal dalam syarikat.
Apa maksudnya?
Menyertai CIP itu mudah. Lafaz ikrar itu mudah tetapi bagaimana laksanakan CIP itu? Di sinilah ketetapan itu memberi cabaran kepada impak dan keberhasilan.
Cabaran lain untuk meningkatkan kesepaduan iaitu kerjasama antara syarikat, bersama badan-badan kawal selia. Kalau sebut syarikat swasta sudah tentu Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Dalam masa yang sama, aspek perundangan perlu dilihat sebagai ketetapan dan institusi ini sebagai komunikator memastikan CIP berjaya dilakukan.
Selepas menandatangani CIP, apakah impak yang terhasil dalam syarikat itu?
Antara impak yang kita peroleh dalam syarikat, tentunya kita dapat menarik minat pelabur berurus niaga dengan sebuah syarikat.
Sudah tentu mereka berasa yakin dengan aspek pemantapan integriti yang terwujud melalui CIP. Ini menjadikan aspek pelaburan negara lebih makmur, iklim pelaburan juga bertambah baik.
Selain itu, ia dapat mengekalkan kestabilan syarikat. Maksudnya apabila kita katakan tentang urusan perniagaan dilakukan dengan baik tanpa isu rasuah, kita dapat lihat aspek penekanan integriti di dalam sesebuah syarikat menjadi keutamaan. Urus tadbir sesebuah syarikat merupakan kepentingan utama merangkumi pelbagai peringkat dalam sesuatu organisasi.
Kemudiannya adalah keupayaan pasaran, pertumbuhan produktiviti dan juga sifat berdaya saing sudah tentu akan meningkat. Satu perkara yang penting adalah meningkatkan daya saing.
Selepas sesebuah syarikat itu melafazkan ikrar, apakah pengisian dan program harus lakukan?
Semasa kita mengadakan CIP, pertemuan akan diadakan dengan lembaga pengarah kerana komitmen harus diberikan oleh pihak atasan terlebih dahulu.
Komitmen tersebut akan diterjemahkan kepada bentuk pelaksanaan-pelaksanaan prinsip dan juga inisiatifnya. Kita juga akan dedahkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dalam pengisian prinsip-prinsip tersebut.
Akta ini akan didedahkan dalam bentuk penerangan, pendidikan masyarakat, dan kepada semua anggota organisasi bermula daripada atas.
Di dalam akta itu sendiri ada menyatakan pelbagai kesalahan rasuah yang berlaku, pengertian suapan dan juga apa yang melibatkan aspek-aspek pelaksanaan kerja yang mesti mereka patuhi dalam soal pencegahan rasuah.
http://www.sinarharian.com.my/wawancara/cip-langkah-terbaik-cegah-rasuah-1.505446#

Comments
Post a Comment