Lima individu ditahan SPRM kes tuntutan palsu
BANDARAYA MELAKA - Seorang jurutera di sebuah jabatan kerajaan merupakan antara lima individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan ke atas tuntutan palsu melibatkan lebih RM60,000.
Difahamkan jurutera berusia 36 tahun itu ditahan bersama seorang kakitangan awam dan tiga kontraktor sebelum di bawa ke ibu pejabat SPRM negeri untuk direkodkan kenyataan.
Difahamkan kesemua mereka boleh membantu siasatan terhadap tuntutan palsu yang dikemukakan untuk satu projek di Jasin tahun lalu.
Difahamkan juga SPRM kini sedang menyiasat kes terbabit dari pelbagai sudut dan berkemungkinan akan ada tangkapan selanjutnya.
Sementara itu, ketika dihubungi, Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan kesemua suspek yang kini disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Comments
Post a Comment