Posts

Showing posts from July, 2015

Siasatan masih berjalan, charge sheet dah keluar. aikkk?

Image
Macam biasalah, isu yang sama masih belum habis. Duit RM2.6 billion masuk ke akaun DS Najib Razak. entah betul ke tak masalahnya. Satu negara penasaran hal ni. Masalah Najib dah jadi masalah negara yang tak akan selesai buat masa sekarang ni. Semalam pulak gempar dengan pendedahan Sarawak Report melaporkan charge sheet yang dikeluarkan kononnya untuk menangkap DS Najib dan akan didakwa dibawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. Persoalan sekarang, dokumen yang diedarkan ni betul atau tak? kalau dilihat secara kasar, semua orang pun boleh buat 'charge sheet' ni. alaa, pakai word je pun. ikut contoh kat mana-mana. then tadaaaa! siap! hmm curious jugak ni. Namun, apa yang pelik sekarang ni kalau ikutkan kenyataan media yang SPRM keluarkan semalam, SPRM masih lagi jalankan siasatan ke atas kes SRC International dan pasukan petugas khas yang lain pun belum habis lagi dengan siasatan mereka. Kalau ikut logik, siasatan yang belum habis dijalankan tapi macam mana kertas pendakwa

SPRM nafi pegawai kanan terbabit dalam konspirasi

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan pegawai-pegawai kanan suruhanjaya itu turut terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan seperti yang didakwa beberapa blog. SPRM, dalam satu kenyataan hari ini, menyifatkan tohmahan dalam blog-blog bahawa pegawai kanan SPRM terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan sebagai tidak benar dan tidak berasas.  Menurut SPRM, tindakan yang diambil oleh pegawai-pegawai kanannya adalah jelas bagi menjalankan tugas sebagai pegawai SPRM dan telah mendapat arahan dan dalam pengetahuan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.  "Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk kerajaan," katanya. SPRM menegaskan sebagai suruhanjaya yang bebas, badan itu bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa 'fear or favour' dan tanpa mengira siapa yang terlibat.  "S

Pahang, SPRM tubuh jawatankuasa bersama

Image
KUANTAN 29 Julai – Kerajaan negeri bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu Jawatankuasa Bersama yang bertujuan menasihatkan kerajaan negeri supaya apa-apa prosedur yang dilaksanakan di Cameron Highlands mestilah telus. Adnan Yaakob Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, jawatankuasa tersebut akan memantau keadaan di Cameron Highlands dan menambah baik apa sahaja yang dilakukan di kawasan peranginan itu. “Selain itu, kerajaan negeri dan SPRM akan menggariskan terma rujukan pasukan kerjasama ini selain mengeluarkan kenyataan media bersama dari semasa ke semasa. “Tujuannya adalah untuk memberitahu rakyat mengenai komitmen kita dalam bersama-sama menutup ruang peluang rasuah, salah guna kuasa dan menangani isu-isu berbangkit,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri di Yayasan Pahang, di sini hari ini. Mingguan Malaysia pada 28 Jun lalu dalam laporan khasnya mendedahkan mengenai keadaan alam s

1MDB: PANEL BEBAS SPRM MAHU SIASATAN BEBAS TANPA CAMPUR TANGAN MANA-MANA PIHAK

Lima panel bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu siasatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dijalankan dengan bebas, telus dan profesional serta berkesan tanpa sebarang campur tangan apa pun daripada mana-mana pihak ketiga atau dikenakan apa-apa bentuk tekanan ke atas agensi-agensi penyiasat yang menganggotai Pasukan Petugas Khas. Pasukan Petugas Khas yang terdiri Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan SPRM mesti diberi ruang seluas-luasnya untuk menjalankan siasatan tanpa rasa gentar dan takut akibat campur tangan pihak-pihak berkepentingan. Dalam hal ini, kami dengan tegas menggesa agar integriti SPRM sebagai sebuah suruhanjaya pencegahan rasuah yang bebas, perlu dipertahankan dan tidak wajar dikompromi sama sekali. SPRM perlu dilihat sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas dalam merancang dan menjalankan semua tanggungjawab yang diamanahkan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat.

AG dipecat! Apa akan jadi pada siasatan 1MDB?

Tanggal 28 Julai 2015 jadi tanggal bersejarah kepada negara Malaysia hari ini. bukan tanggal bersejarah Merdeka atau apa tetapi tanggal dua perkara penting berlaku kepada Malaysia iaitu Peguam Negara, TS Gani Patail dipecat dan Kabinet dirombak! Wauuu.. sungguh tak ku sangka! pagi2 bila baca berita terkejut kejap dengan berita TS Gani Patail bukan lagi menjadi Peguam Negara. Banyak dakwaan yang dikaitkan dengan pemecatan beliau yang digantikan dengan orang lain. adakah kes ini berkaitan dengan 1MDB? Adakah DS Najib takut beliau akan dipanggil Peguam Negara untuk disiasat isu ini? Hanya mereka yang tahu. Umum mengetahui TS Gani Patail mengetuai pasukan petugas khas dalam siasatan 1MDB. Jika beliau dipecat, bagaimana dengan siasatan yang akan dijalankan pasukan petugas khas ini? Rakyat mahukan jawapan dengan kadar segera. Bukannya tindakan yang mungkin dianggap untuk melarikan topik ke arah lain agar kes 1MDB lenyap begitu sahaja. tidak! Dengan berita pemecatan beliau, sedikit seba

Promosi Malaysia hab latihan antirasuah

KEMUNGKINAN besar tulisan ini karya saya yang terakhir sebelum berundur dari per­khidmatan awam selepas berkhidmat lebih tiga dekad (bersama Badan Pencegah Rasuah yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau singkatannya SPRM). Saya akan bercuti sempena persaraan mulai awal Ogos ini. Akhir tahun lalu, saya berpeluang ke Bhutan untuk mengambil bahagian dalam program kerjasama latihan agensi penguat kuasa negara itu dan SPRM. Bhutan memperlihatkan kebanggaan pihak­nya kerana berpeluang berkongsi penga­laman dengan Malaysia.  Negara Asia Selatan yang terletak di hujung pergunungan Himalaya itu sebenarnya berada dalam keduduk­an lebih tinggi dari segi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) berbanding Malaysia. Saya pun hairan. Negara yang tinggi ranking dalam CPI, tetapi berminat mempelajari pengalam­an Malaysia dari segi pembinaan kapasiti dan keupayaan mencegah rasuah.  Sepatutnya kita belajar da­ripada mereka. Bukan sebaliknya. Ketika itu, jawapan y

Perangi rasuah satu ibadat

BANYAK pihak tidak menyedari usaha mencegah rasuah adalah satu bentuk ibadat berpanjangan dalam menentang kebatilan. Rasulullah SAW memberi me­sej yang cukup jelas kepada umatnya iaitu setiap pelaku rasuah sama ada pemberi mahupun penerima akan menerima azab seksa yang amat pedih di neraka kerana dosanya yang cukup besar di sisi Allah SWT. Ibnu Umar RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka.” Hadis Rasulullah itu menarik minat seorang mahasiswa perakaun­an dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi 1977-1981 untuk menyertai Badan Pencegah Rasuah (BPR). Baginya, sebarang usaha untuk memastikan umat Islam tidak terjerumus ke lembah kehancuran di­sebabkan rasuah adalah satu bentuk ibadat yang pasti ada ganjaran di sisi Allah SWT sekiranya dilakukan dengan seikhlas hati. Individu dimaksudkan itu ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Peng­urusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasua

Citizen Nades - Give MACC more bite

Citizen Nades - Give MACC more bite Posted on 21 July 2015 - 07:24pm Last updated on 22 July 2015 - 12:57am R. Nadeswaran Print TWO  notes on corruption landed in the inbox on Monday morning. One was from fellow columnist and former member of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) advisory panel Azman Ujang. The other was from current panel member and consumer activist Anwar Fazal. Azman's note in part read:  "How has been your experience at the MACC panel so far? We may have our ideas on how to make incremental change or some difference or impact in the fight against graft but corruption seems to be 'institutionalised or well-entrenched' that I feel the MACC and its various advisory panels haven't even touched the surface, let alone anywhere near to breaking the backbone of the scourge. The fear of committing corruption is not there, unlike in Singapore, for instance." Anwar forwarded a bulletin issued by a regional invest

10 Of Most Corrupt Politicians In The World. Adakah Malaysia termasuk?

Hari ni saja scroll2 internet, online apa semua. lepas tu ternampak la satu artikel ni. tajuk dia 10 Of Most Corrupt Politicians In The World. lepas tu terlintas la dekat fikiran, nama Malaysia ada ke tak eh? kalau ada confirm malu gila weh. biasa la. sekarang ni kan macam2 persepsi rasuah kat negara kita. semua nak jadi SPRM sekarang ni. pandai tuduh sape amalkan rasuah sape tak. haa terer kan? nak2 pulak dengan krisis yang melanda negara kita sekarang ni. apa lagi, kes abe jib kesayangan kita tu la. macam2 la orang cakap kat dia. PM yang paling teruk antara semua. ooppps! bukan apa. kami warga Malaysia sangat sayangkan negara kami. tak nak la benda macam ni jadikan nama Malaysia buruk. entah apa persepsi negara lain dekat kita. yela. rasuah kan buruk amalan dia. kalau ikut Islam pun memang berdosa. tak kira la memberi atau menerima rasuah. nasib ada SPRM yang boleh bantu banteras rasuah kat negara tersayang kita ni. Hana rasa semua nak tau kebenaran yang sebenarnya. betul ke ta

Yakin dengan integriti pasukan petugas khas

Merujuk kepada kenyataan TS Abu Zahar mengenai kredibiliti pasukan khas, Hana amat sokong dgn pendirian tersebut. Hana yakin petugas khas yang disertai Peguam Negara, SPRM, PDRM dan Bank Negara mampu menjalankan siasatan terhadap skandal dan dakwaan ke atas 1MDB dengan telus. Dakwaan-dakwaan 'nakal' serta niat jahat banyak dilemparkan kepada empat agensi ini dimana rakyat seolah-olah tidak memberi kepercayaan sepenuhnya kepada mereka. Mengapa ini terjadi? Manusia sering menyalahkan dan menuding jari atas pihak lain. Malah, lebih teruk lagi, sikap menuduh melulu dan emosi terlebih yang menguasai diri mereka. Hello awak, kawal sikit boleh tak? Sikap yang suka menyalahkan orang lain sampai tahap menghina macam bagus je. Annoying jgk sebenarnya bila baca tuduhan-tuduhan mereka ni. Oopssss. Well, back to the story. Hana yakin pasukan petugas khas ni berkaliber dalam menjalankan tugas yang diberikan. Paling penting, telus dan professional. Tak kira la siapa pun yang